Kepada:
YBhg Dato' Fatmi Che Salleh,
Setiausaha Politik kepada YAB Perdana Menteri Malaysia,
Pejabat Perdana Menteri,
Putrajaya.
Assalamualaikum pembuka bicara, buat kekandaku yg amat dimuliakan.
Maafkan adinda, andai wacana ini tiba ke ruang mata pembacaan kekanda bisa terkeluar dari ruang senario menu utama kekanda pagi ini.
Adinda sedikit pun tidak terkesima malah tidak pernah merasa tertarik dgn Sidang atau "MUNTAH TAMAR" PAS sejak dari dulu lagi. Pilihlah siapa pemimpin mereka, nescaya akan memberi perlambangan bahawa betapa bodoh dan hinanya Umat Melayu Islam memperdagangkan Agamanya sendiri demi sebuah kerusi politik.
Bertalu-talu SMS memenuhi ruangan "mobile phone" adinda apabila keputusan pemilihan PAS telah dipengaruhi oleh pencacai-pencacai ANWAR IBRAHIM dalam PAS. Sebenarnya adinda amat gembira dengan keputusan pemilihan ini. Kerana fenomena ini telah berlaku kepada Parti Rakyat Malaysia (PRM) yang diubah nama dari nama asal Parti Sosialis Rakyat Malaysia (PSRM) atau dalam bahasa orang kelantan "PARTI CAP KEPALA KERBAU".
Apabila barisan kepimpinan PRM diwarnai dan dikuasai oleh juak-juak Anwar Ibrahim, dalam tempoh singkat PRM telah dibubarkan, dan ANWAR meresap masuk dalam PRM. Kemudian PRM ditalqinkan dihadapan Tokoh Pengasas PRM sendiri yang diangkat sebagai Timbalan Presiden Parti Keadilan Nasional kononnya. Dalam tempoh yang tidak lama, Tokoh PRM dalam pergabungan ini telah ditunjukkan jalan keluar! Suatu penjajahan kepartian secara halus.
Kini PAS telah mengalami sindrom yang sama. NESCAYA suatu hari nanti PRESIDEN PAS, hingga ke jawatan PENYIMPAN KIRA-KIRA akan jadi milik ANWAR. PAS akan bergabung dgn PKR dgn nama dan identiti baru: Parti Keadilan Islam SeMalaysia (PAKAS). SElepas itu semua jawatan dalam PAKAS akan menjadi milik ANWAR IBRAHIM.
Jika dilihat kini, SLOGAN "NEGARA ISLAM" telah lama dibuang dari ROH PERJUANGAN PAS demi seorang ANWAR IBRAHIM. Mereka kini meraung-raung tahap gaban mencanang mereka memperjuangkan NEGARA BERKEBAJIKAN pula (Sila rujuk akhbar HARAKAH terbaru). Umum telah tahu, 20 tahun mereka MENJAJAH KELANTAN ALA PORTUGIS MENYERANG MELAKA, apa program KEBAJIKAN atau SISTEM PEMERINTAHAN BERKEBAJIKAN yang telah mereka laksanakan? Selain daripada merampas tanah orang kampung serta orang Asli untuk dijadikan Projek Ladang Rakyat yang hasilnya dijual kepada CINA Singapore? Projek ini sendiri telah memperkayakan suku sakat wakil2 rakyat PAS.
Mana KEBAJIKAN ISLAM bila PAS semakin galak meluluskan pembinaan KUIL-KUIL BUDHA yg besar di BACHOK & TUMPAT? Mana KEBAJIKAN bila semakin ramai jumlah penganggur di Kelantan tanpa sistem perlaksanaan dasar ekonomi yang mapan dan jitu. Bagaimana seorang TALIBAN yg hanya menghafal kitab-kitab pejuang TALIBAN dahulu kala mahu mentadbir bidang ekonomi.
Apabila kita lihat PAS kian dijajah oleh PKR, biarkanlah. PKR & PAS (PAKAS) adalah gabungan para pendokong Islam Yang Khayal dan syok sendiri. Mereka Khayal dan Perasan yang mereka telah mendapat sokongan rakyat secara jitu pada PRU 2008. Pada hemat saya, 2008 adalah representasi Tun Dr Mahathir. Apabila kesilapan berlaku yang kelihatannya memperlekehkan Tun Dr Mahathir, ahli UMNO seluruh Negara mulai memberontak.
Saya sendiri adalah antara puluhan juta umat manusia yang meminati Tun Dr Mahathir. Apabila undi protes ini berlaku, bukan bermakna PAKAS ni kuat.
Yang menjadi halangan UMNO bukan PAKAS, jauh bukan kerana faktor Nik Aziz, Haji Hadi atau barisan AJK PAKAS yang menganut fahaman atau MAZHAB ANWARINAS. Halangan UMNO ialah orang UMNO sendiri.
Saya harap, semua ahli UMNO kembali bersatu, demi menyelamatkan maruah Agama, Bangsa & Tanahair yg kian tercalar akibat gerakan ANWARINAS yg ditaja YAHUDI.
Sekian terima kasih.
MKR
1 comments:
salam.. dulu masa di putrajaya, dato fatmi ni jiran saya. sebelah rumah je. lani saya dah pindah, lama tak dengar kabar berita dia.
Post a Comment