1. BOLA AWAL:
Bermain dalam berpasukan. Konsepnya seperti Softball, tetapi lebih kepada penggunaan tangan. Tiada peralatan tambahan untuk memukul bola selain dari tapak tangan dan bahagian tangan yang lain. Biasanya dimainkan dalam jumlah 5-15 orang satu pasukan. Bolanya dari jenis getah kecil. Pasukan yang menang ialah pasukan yang terlebih dulu sempurna displin pukulan bola.
2. MAIN NNUSUK (MAIN SOROK-SOROK)
Sejenis permainan yang paling menjimatkan kos, tetapi agak merbahaya andai yang menyorok tu gagal ditemui, lebih2 lagi menjelang Maghrib, kena sorok kat makhluk halus. Biasanya main NNUSUK ini diadakab di kawasan berhampiran rumah kampung, kerana banyak pokok dan binaan untuk dijadikan tempat "NNUSUK".
3. TAHAN SIDING:
Siding adalah sejenis perangkap untuk memerangkap burung. Ianya sejenis alat perangkap ringkas yg memerlukan burung umpanan yg diletakkan berhampiran yang dipanggil "denak".
4. MAIN JJUAL (MAIN MASAK-MASAK):
Biasanya ia dikuasai oleh kanak-kanak wanita. Suasana pasar atau situasi kehidupan serta majlis tertentu dalam masyarakat. Ada yang buat-buat pondok, main khemah tak kurang juga seperti sahabat saya yang handsome iaitu Kojek, dia suka main kawin-kawin naik pelamin atas kerusi bawah pokok. Maka kepalanya dikreatifkan dengan tengkolok yg dibuat dari daun kayu.
5. DEKCAK:
Permainan ini memerlukan gelanggang yang biasanya dilukiskan atas permukaan tanah di halaman rumah. Perserta akan menggunakan sebelah kaki sahaja untuk melompat dari petak ke petak. Alat penanda tahap pencapaian yg akan dicampakkan untuk peringkat seterusnya dipanggil "KON" (Bukan KON BAKRI).
6. MAIN TONG:
Sejenis permainan sewaktu mandi dalam sungai. Seorang yg akan diundi. Jika kalah maka beliau yg akan mengejar rakan2 yg lain dalam air. Tak kira teknik renang,menyelam atau mengharungi air janji jgn tertangkap. Janji dapat sentuh badan peserta lain, makan mereka akan dianggap tewas. maka org yg tewas tadi akan jadi pengejar pula. Konsepnya sama seperti Main NNUSUK, cuma fenomenanya sedikit berbeza dari segi gelanggang.
7.GASING PAKU:
Hujung mata gasing adalah dari paku. Maka peserta yg tewas, gasingnya akan diletakkan atas tanah dalam bulatan kecil. Dan pemenang akanmemangkah gasing lawan yg ada dalam bulatan itu. Yg terror akan membuat gasing lawan itu di"catuk" dgn kesan mata paku. Mata Kapak sering menjadi pilihan berbanding mata bulat.
8. BBIDAH PAGHO:
Peralatan sukan tradisi ini memerlukan bahan Getah Pengikat sebagai peralatan primer. 4 Batang bilah kayu kecil, i.e. 2 batang sebelah kanan, serta 2 batang sebelah kiri. "PAGHO" atau Para dipasang dgn menggunakan getah pengikat @ Getah Ughak. Peserta dikehendaki berada pada garisan yg dibentuk sejarak yg mungkin dari para (Contohnya 6 kaki) bergantung kepada persetujuan semua peserta. Setiap peserta akan meletakkan "Getah Ughak" sebagai taruhan. Setiap peserta akan "Membidas" kearah PAGHO. Getah Ughak Taruhan yang jatuh dari PAGHO akan menjadi milik pembidas/psereta yg membidas.
9. ZERO POINT:
Biasanya dikuasai oleh kanak-kanak wanita. Sebenarnya ia bagus untuk latihan jasmani. ZERO POINT memerlukan GETAH UGHAK yang banyak untuk dijadikan sebagai tali yg akan dilentingkan sepanjang permainan oleh dua pemegang. Mereka yang terkandas spt kaki tersangkut pada tali getah ughak tadi akan dianggap "tewas" akan menjadi pemegang yg akan menghayun tali getah ughak tadi.
10. BOLA TIN:
Tin-tin susu yang kosong yang telah dibersihkan dan dijemur rapi akan dijadikan bahan permainan tradisi ini. Tin-tin susu yg telah di recycle ini akan disusun membentuk tiga segi ke atas. Piramid. Biasanya sebiji bola getah kecil (sebesar bola tenis)akan digunakan sebagai bahan pelontar ke arah tin. Satu darisan yg berjarak dari arah tin akan dibentuk. Ia dimainkan dalam berpasukan. Dari 3 org sebelah hinggalah kepada 10 orang sebelah. Bebas. Bila bola dibalingkan, dan terkena tin, lalu tin itu jatuh, maka pihak "tuan rumah" akan mengambil bola getah kecil itu lalu dibalingkan kepada "pihak pembaling". Jika kena, maka dikira tamat. Tin yg jatuh dibiarkan. Permainan di sambung. Jika 3 kali terkena balingan, makan Pihak Pembaling akan bertukar watak menjadi Tuan Rumah pula.Begitulah seterusnya.
11. BOLA KATOK:
Konsepnya seperti Softball. Namun ianya lebih tradisi dgn menggunakan kayu bebas. Pemukul akan melambungkan bolanya sendiri dan memukulnya. Ia disertai secara berpasukan juga spt softball.
12. MAIN COTEK:
Sejenis permainan daun terup (Playing Cards) juga dikenali dgn nama main 21. Cukup popular untuk bersantai. Namun ramai juga yg salah guna buka kasino haram dalam kebun getah. Tak kurang juga kena kejar dgn berok liar dalam hutan simpan. Dua keping kad akan dibahagikan kepada pemain. Jumlah yg dicampurkan 2kaditu mestilah menghampiri 21. Jika masih rendah boleh minta tambahan satu demi satu sehingga hampir 21. Jika melebihi 21, maka peserta akan dikira 'kalah'. Memerlukan seorang "tauke" yg bertindak sbg pembahagi daun serta owner of the game. Setiap kad terup ada nilainya tersendiri.
13. MAIN 400 (EMPAT RATUS):
Permainan daun terup. Memerlukan 2 regu sekurang-kurangnya. Setiap regu ada 2 pemain. Selepas pembahagian kad, peserta akan mula 'menjual' dari 300 hingga 400.Regu yg tewas akan ditanda dgn kad penindih sbg tanda mereka tewas. Dendanya mereka akan kena "kacuh" sampailah mereka menang ke aras kad penindih itu kembali sifar atau tiada kad penindih. Jika penerup menang daun tindihan satu. Jika penerup tewas kad penindih adalah 2. Jika nilainya 400 Kad penindih pemenang ialah 3, jika tewas 4. Begitulah seterusnya.
MKR
2 comments:
Assalamualaikum,
Saya tertarik dengan Permainan & Hobi Tradisional Masyarakat Melayu Kelantan. Saya mohon kebenaran untuk kongsi artikel ini.
Sekian terima kasih.
silakan
Post a Comment