BIJAN

BIJAN
MKR with YAB Dato' Sri Najib

Monday, October 18, 2010

W - BAHASA BAKU KELANTAN

W1: WAT RAUN: Disebut sbg Buat Round bermaksud bawa pergi bersiar atau Berderrat.
W2: WEYYY LOK: Kata seruan untuk menguatkan ayat. Contoh: "WEYYYY...LOK" bakpo muka dia jadi bekok sebelah. Ke saloh make ni.(Weyyyy Lok di sini boleh menggambarkan perkataan ALAMAK dsb).
W3. WAT LOLORK: Acah-acah atau saja-saja buat (untuk tujuan bergurau senda); tetapi bukan dalam bab-bab yang bergurau melibatkan antara pusat dan lutut. Contoh: Tadi Dato' Ketua WATT LOLORK jah nak tutup Kelas Bahasa Baku Kelantan (KBBK), kalut habih anak buah.
W4. WASUAH: Was-was. Contoh: Kawe kalu Che Soh bawa kheta gak rasa WASUAH selalu, sebab jenis boya gak, kalu napok tino, dia tak tengok atas jale doah.
W5. WOH GOMOK 1: Sejenis kuih tradisional Kelantan.
W6. WOH GOMOK 2: Kepala Lutut.
W7. WOH LASSAK: Buah langsat.
W8. WOH MOKTER: Buah rambutan
W9. WOH GUROH/WOH GUGHOH: Buah Guli besar biasanya bewarna putih. Ada juga keluaran Thailand berwarna kelabu atau 'light gray'. Contoh: Rosli Manah Utusan Malaysia & Majalah Mangga tu zame budok2 gak, member kamceng main WOH GUROH dgn ambo jah tu.
W10. WAT BODO: Buat tak tahu saja atau Buat "derq". Diyakini asal tercipta perkataan ini banyak dipengaruhi bahasa Jawa Timur yg seakan-akan sama maksudnya iaitu "Masa Bodoh" yang memberi interpretasi makna yang tuntas i.e. "Apa aku peduli"
W11. WAA 1: Ialah satu perkatan yang melambangkan rasa haus tahap gaban serta maghi rasa sama spesis dgn dugaa semeta-meta ketika makan tanpa meminum air. Maka cara mengatasi WAA ialah dgn meminum sedikit air. WAA dikategorikan dalam bahagian kesihatan pemakanan bahasa baku Kelantan.
W12. WAA 2: Wau atau Layang-layang.
MKR

No comments: