BIJAN

BIJAN
MKR with YAB Dato' Sri Najib

Monday, October 18, 2010

T - BAHASA BAKU KELANTAN

T1. TOMMAT NINNOH:Perkataan “TOMMAT NINNOH” nih telah diterima pakai untuk semua keadaan walaupun tiada kaitan dengan ibadah sembahyang kerana maksudnya yang menyeluruh dan mempunyai konotasi yang baik,berhemah,mengikut aturan,yang dahulu didahulukan dan yang kemudian dikemudiankan,tidak celaru,tertib dan dalam suasana tenang,aman dan damai.
T2. TTUYUT: Ttuyut ataupun pak ttuyut yg juga dipanggil PAK IDDIR adalah sejenis kata nama khusus bagi sejenis haiwan iaitu pepatung ataupun dalam bahasa kelate di sesetengah daerah dikenali dengan nama puting beliung tapi bukan Billion yang I'DA World derma ke PAS tu ,lain. Adalah kata nama seekor binatang dalam Bahasa Inggerisnya ialah “Dragon Fly”. Ia juga dikenali dengan gelaran aneh oleh masyarakat Kelantan i.e. “Puting Beliung”atau "Pak Idir"Contoh ayat: Amin telah menangkap seekor TUYUT, lalu diletakkan dipusatnya kerana meyakini kata-kata Pak Mat Selehong Gelang Mas: “Letakkan TUYUT kat pusat, boleh buat ubat berhenti KENCING ATAS TILAM waktu tidor malam.
T3. TERBOLAH:Terbolah boleh dikategorikan sebagai kata sifat atau perbuatan yang pada kebiasaannya akan membawa kesan negative kepada individu yang melakukan perbuatan itu mahu pun orang lain.Terbolah bermaksud CEMERKAP. Juga boleh dianggap sebagai GOPOH-GAPAH atau jenis tidak berhati-hati serta tidak cermat dalam melakukan sesuatu perkara.Contoh ayat 1: Nik Aziz memang terkenal dengan mulut TERBOLAH setiap kali diasak oleh wartawan atau wakil media. Pernah beliau TERBOLAH dengan mengatakan TUHAN JUGA MENCARUT apabila mempertahankan tulisan SHAHNON AHMAD yang menyamakan Tun Dr. Mahathir sama taraf dengan najis. Contoh ayat 2: Arif Fahmi ni jenis manusia perasan bagus. Dia juga jenis manusia yang memiliki sifat TERBOLAH do-oh lalu. Terbaru dia langgar semua gelas isi KOPI ‘O’ yang diletakkan untuk tetamu minum.
T4. TAK NNGAPUH @ TAK HAPUS:Dalam bahasa Kelantan ia bermaksud TIDAK BERBALOI.Contoh ayat: TAK NNGAPUH @ TAK HAPUS kawe gi pasar malam Wakaf Che Yeh. Nak beli keropok sikit jah, tapi basah berjeruk sebab hujan lebat. Nota 1: Basah Berjeruk maknanya Basah Kuyup.
T5. TELEBING:adalah kata sifat perbuatan yang nyata lagi sahih. Ia membawa interpretasi Tidor atau baring terlentang. TELEBING juga hamper sama maknanya dengan perkataan TERGULING.Contoh ayat: Ambo naik ke atas rumah napok JIDIN dok “TELEBING” tido... letih lepas balik BAGHUH tadi.
T6.TIMUN CINA: Tembikai.
T7. TIPAS/TIPAH: Bermaksud menghayun telapak tangan dan kena kat kepala seseorg. Contoh ayat: Pagi-pagi lagi Pak Abu 'TIPAH" pallo Suhaimi sebab dok sungut pasal duit tak cukup.
T8. TAMADA: Kurang Kualiti. Contoh ayat: Baghe demo tu TAMADA.
T9. TAK LEKAT TAHA: Maknanya Tak Mampu Bertahan atau Tak Mampu Melawan. Contoh ayat: Ambo pun nok tubik padey HUSM..tgk budok budok training.. nanti tok lekat taha bilo lawe jumaat ni.
T10. TTIKO: Pada Masa atau Pada ketika. Contoh ayat: Sapa ttiko dah puok kita ni, kena pakat gi belako.
T11. TOK LAKI: Suami. Contoh: Semangat TOK LAKI Mek Lah ngaji Kelas Bahasa kelantan tu.
T12. TAMBAT: Ikat. Contoh: TAMBAT tali lembu.
T13. TAMBE: Tambang. Contoh: Tambe naik Teksi dari Palekbang ko Jeti ialah tiga amah.
T14. TAMBORK: Menambak. Contoh: Eyo dok TAMBORK lube depan rumah Umi dia tu.
T15. TAPE: Tapai.
T16. TOKSEY: Tak nak atau tak mahu atau tak ingin.
T17. TIDAK KERAS JARAH: Tidak serius sangat atau benda ‘simple’ atau ringkas. Contoh ayat: Puak kita tak payah dok Ssaloh haboh gak pasal kenderaan nak gi DUN GALAS. Biar Abe Rahim jah urus, benda tidak keras jarah jah bagi dia tu.
T18.TOK PERAIH – Ialah nama panggilan orang yg berniaga di Pasar. Ia juga dipercaya berasal dari perkataan Inggeris “Enterprise” iaitu peniaga kecil-kecilan di Utara London pada era Revolusi Perindustrian. Contoh ayat: Ramai Tok Peraih berniaga di Pasar Gua Musang la ni sebab ada PRK DUN GALAS.
T19. TOHOK: Bermaksud buang. Berasal dari Bahasa Inggeris iaitu “Throw Out”. Contoh ayat: La ni banyak kes oghe TOHOK bayi. Hak nikah berpuluh tahun tak leh anak. Hak tak nikah buleh anak gi TOHOK anak. Baso sepal kedereng lagu ni.
T20. TIGA SELENDAR (Kata Perumpamaan): Tak bermaya atau Tidak Normal. Contoh ayat: Demo ni jalan pun tiga selendar doh....x soh dok koya nk merempit lg la....lamoke eksiden sekali lg jilat cok terus.
T21. TEPEK: Tampal: Contoh ayat: Jange dok tebeng TEPEK koksir posta parti kita nih nyo mughih kokghe kan nati.."
T22. TTEPEK: Terlekat. Contoh ayat: Masa lalu kawasan umah Nik BIJIS tak perasan ko tahi lembu segenap atas jale. Bila sampai Kota Bharu ada oghe ghoyak ada tahi lembu dok TTEPEK celah tayar.
T23. TEPOH: Langgar. Contoh: Bakpo mu gi TEPOH lori hak parking tepi jale nyo?
T24. TENG’AK (2): Menahan perbelanjaan kerana sifat negatif spt kedekut dsb. Contoh ayat: Mat Min tu rela TENG’AK masa ngaji sebab dia jenis kedekut banga seperti Hj Bakhil.
T25. TUBI’K: Keluar. Contoh ayat: Dol, mu tolong gi tampal periuk kat dapur tu kat Pak Mat Kedai Besi tu, sebab male tadi kita rebus air, napok berjerbork TUBIK air kot bawah tu.
T26. TOKSAH TEBE”NG: Jangan cuba lah,tak payah nak buat,jangan ikut nanti menyesal. Contoh ayat: TOKSAH TEBE’NG mu dok ikut puak2 Arif Fahmi tubik nak-nak male. Bunyi kabar Arif Fahmi tu la ni berniaga jadi ejen bawa masuk tino siam ke pusat URUT & SPA. Nama jah menantu MURAHGURU, tapi perut pedal jahat serupa iblis. Tamak haloba pulak tu.
T27. TERLEKAT HATI: Jatuh hati. Contoh ayat: Mat Yee tu kuat gilio baye la ni. Siang male dok berulang Kedai Jaroh Mamat tu, sebab dia dah TERLEKAT HATI dgn Mizah anak Jaroh Mamat tu.
T28. THOTEH-THOTEH: Bersantai tanpa aktiviti yang positif sambil membuang masa. Bermain-main atau lepak kosong. Contoh ayat: Bakpo ghama sangat dok thoteh-thoteh luar tu... masuk kelas la... mudir tengoh maghoh tuu.
T29. TEGEHE: Maknanya Ketagih.Ia berada dalam kategori kata sifat keinginan nafsu nafsi manusiawi. Ia juga boleh dikategorikan bersifat kecanduan atau berkehendak tahap gaban.
T30. TAK SEDAK TUBOH: Maksudnya Tak sedap badan seperti sakit urat atau rasa nak demam atau rasa sengal-sengal sendi. Contoh ayat: Kawe raso TAK SEDAK TUBOH male ni, ingat nak gi tengok Bola Kelate lawe Ne 401:BELAH MULUT: Suatu tradisi dalam masyarakat melayu Kelantan ketika majlis Aqiqah anak yang baru lahir. Biasanya ia dilakukan oleh Tokoh Agama sesuatu tempat. Contoh ayat: Masa ambo beranak dulu,Mak ambo belah mulut nga emas,bakpo datin belah nga ase gare,hoktu wat pujo hatu.
T31. TEBOH: Pukul. Contoh ayat: Teboh Nyamuk. Dalam permainan Badminton pukulan "Smash" juga dipanggil "TEBOH".
T32. TUPE SUKO: Tumapang gembira atau turut senang hati. Contoh ayat: Kito set2 lapis bwh ni tupang suko la kalu set boh2 hok dok bbaloh selamo kenin pakat bbaik gk.
T33. TAK KENA KEDAR:Maksudnya kalu sesuatu yg dbuat tak kena caranya..boleh membawa akibat yg buruk. Contoh ayat: Walau pun Ku Li Tanding , tak kena kedar BN boleh kalah!!
T34. TELAN JEMERUK (Kata Perumpamaan): Telan Jemeruk gak kalu nngail ikan makan ,mata kail duk dalam perut bukan duk mmulut,tak telepas doh kalu telan jemeruk nih. Maksudnya sesuatu yang telah berlaku amat sukar untuk dikembalikan kepada keadaan asal. Contoh ayat: Kes Liwat Mamat Sepel Kedereng tu payah nak lepas dah, sebab terlalu banyak bukti. Sebab tu mangsa berani JUNJUNG QURAN. Ibarat kata org tua2 – Ikan TELAN JEMERUK dah kes ni. Tangguhlah 800 kali lagi pun, pihak pendakwaan tak kan rasa degih.
T35. TUTUP PANGGUNG (Kata Perumpaan): Bermaksud habis dah,penghujung jalan cerita,tiada lagi selepas ini. Contoh ayat: Sebut jah nama EZAM NOR,senyak tipah NUWAL LUWAT, JIJAH TONGGEK & JEMING BUBUH; terus TUTUP PANGGUNG tok de wartawan nak Tanya soalan lain. Bukali banyak rahsia besar EZAM pegang ni.
T36. TOTOK/TOTORK: Keras sangat atau “extreme” atau terlampau. Contoh ayat: Abe Rahim ceramah molek di PRK DUN GALAS nanti. Jange TOTORK sangat. Takutnya cekeding hak mana atas pagar tu. Ahli kita tak pa, demo sokong kita sokmo-sokmo dah.
T37. TEGAMOK: Tergamak. Contoh ayat: TEGAMOK Mat Spiye Bengong tu tengok saja adik dia kena gocoh kat budak-budak kedai tadi. Panas hati ambo tengok.
T38. TTUTOR: Melafazkan. Contoh ayat: Walau pun hati demo panas lagi pun, demo jange dok salah TTUTOR ayat murih demo tu kat depan Tok Ngulu. Sabar banyak2. Baso dia dah dlm perjuangan ni, mesti ada oghe nyocoh. Demo suka hilai lah kalu puak2 kita kucah sama sendiri.
T39. TEMELAA: Busuk yang amat sangat. Contoh ayat: Bermula Kelas kali ini, pelajar2 yg rasa nak buang angin, adalah dinasihatkan melepaskan 'gas' anda di luar kelas. Ini adalah kempen memerangi Pencemaran Bau dalam sessi pengajian kita. Dato' Ketua Mudir dah perli ni. Sbb baru ni Mat Jeck terkentut dlm kelas bau telor TEMELAA....
T40. TAKWIL: Mempertikaikan. Contoh ayat: Jange dok takwil gaks ore tuo kecekk nih..ke aku lekuk atah dahi ke.
T41. TAK DER SUKKOR SEMBE DAH: Maksudnya Sudah mengalah atau mengaku kalah sebelum berlawan.Cth ayat: Hubby Datin Sue sut-sut akhirnya mengaloh, TAK DER SUKKOR SEMBE DAH. Tak de Datin Sue Nngaju lagi dia gi beli jugok ratai mas sebesar ratai basikal. Mapuh nga gitu jah Dato' tu.
T42. TOSO: Gangsa. Contoh ayat: TOSO ko..perokk ko..temago ko...takpo asal hok demo bui...kato kelsom ko tok laki dio.
T43. THUMAHH: Berada di sesuatu lokasi dlm kadar masa yang terlalu lama. Contoh: Abe Rohim bergelisoh, nak maroh tok tegamok, budok2 hok gi tengok bola rumoh dio dok bethumah tok sir balik-balik lagi, bola habih lamo doh....kak we jak takdi lagi dok tggu dale bilik...
T44. TTEWENG: Senget atau tidak betul. Contoh: Lepas kena sugung ko Mat Jack, budak Senah tu napok jale pun TTEWENG tu. Tu la pasa bakpo dia buat perangai.
T45. TERATOK: Terhantuk. Contoh: Masa sama-sama nak ambik fail tadi, Pak Nik dan Jali nya pakat TERATOK ppalo sama sendiri. Jenih terbolah kata Mat Jack.
T46. TOK MINDUK: Koordinator kpd Main Puteri (Main Terri), selain dari main rebab dia jugok la hok tukang control dan utk memulihkan balik org hok tukang berubat tu ( bkn si pesakit yea..) some sort like coordinator of the event la lebih kurang.
T47. TANAH KOR: Tanah Liat yang kering kontang dan teramat keras sifat dan jisimnya. Ia juga digunakan sebagai perumpamaan untuk seseorang yang degil atau tidak mendengar nasihat.
T48. TTINDAN: Terkumpul banyak-banyak dalam satu masa. Contoh: Jange biar kerja rumah hak cikgu bui tu tak buat male ni juga, lamo ke mu dok lok lama-lama jadi TTINDAN tak tahu nak sudah hak mana so.
T49: TTEWAH: Bertandaing, berlawan atau berlumba-lumba. Contoh: Mat Resid tu suka sangat TTEWAH dgn Anak Pakcu Rohim Lubok Mas tu.
T50. TAK CCAYO: Hilang Kepercayaan.Contoh: Kata Dato' Ketua Mudir kita yang handsome tu tadi; la ni rakyat TAK CCAYO doh kat puak2 parti jenis jaja ayat Quran kecek sajo jah.
T51. TEMOOA: Tamak Haloba. Perkataan ini dipercayai berasal dr bahasa parsi lamo, yg membawa maksud lebih kure ngan keboboa..bleh dok sikit tapi nak lagih sapai tak kira hok ore ko dok..
T52. TTEMU MATTO: Bertemu Mata atau Sebuah Pertemuan secara rasmi/langsung. Contoh: Mu ni Mat Jemi, lamo dah aku dok perhati, ada gewe main dok telepon dan sms jah. Bila nak TTEMU MATTO dgn dia nyo?
T53. TIIRUK: Kata perimbangan atau perbandingan seolah-olah dalam keadaan yang amat teruk atau tidak bermaya tahap gaban. Contoh: Mu ni Senah, guano napok 'La-eh" srupo te TIIRUK ni?
T54. TTEMU TTIKO: kalu lebih spesifik ttemu ttiko di khaskan utk tempoh maso tertentu....tp tok ingat...seminggu, sebule.
T55. TTEMUAN: Jodoh. Cth : Kito tok payoh risau, kalu ado temuan tu, nikoh jugok wpun tpisoh btahun2 lamonyo.
T56. TTURUN: Mengajar segala ilmu dalam dada atau "Knowledge Transfer" in English.
T57: TURUN 1: Kata sifat perbuatan fizikal semata-mata, tiada lebih dari tu.
Contohnya TURUN tangga.
T58. TURUN 2: Kata perlambangan yang berkonotasi dalam indeks kosa negatif. Contoh: TURUN pangkat.
T59. TURUN 3: Kosa kata ini memberi interpretasi yang positif dan berita baik atau bonus kepada rakyat. Contohnya: Harga Petrol & Diesel TURUN.
T60. TTELLOR: Bertelur.
T61. TELLOR: Pelat.
T62. TTUMUH: Tersandung.
T63. TAK TAHU PPALO EKOR: Tak tahu hujung pangkal. Kata perumopaan utk org yg tak tahu asal usul cerita atau kisah.
T64. TAK LEKAT UNJAK: Tak tetap pendirian.
T65. TEBAH: Tebas.
T66. TEGAIT: Pengait.
T67. TAE' KEDAGHOH: Bermakna makan atau santap. Ia merupakan bahasa yg terlalu kasar jika digunakan untuk komunikasi dgn ibubapa atau org yg lebih dewasa. Perkataan RANGGOH/GHANGGOH ini lebih sesuai digunakan sesama teman rapat atau akrab untuk memberi refleksi gurau senda tahap gaban. Terkadang dalam kaedah bergurau, perkataan ini juga disebut sebagai "RANGGOH/GHANGGOH". Juga memberi justifikasi yang sama dalam interaksi.
T68. TIDOR MAPUH:Tidur yg terlalu lena. Cth : Mu ni TIDOR MAPUH sokmo. Kalu oghe akak tohok ke sunga pong tok kaba.. Aku ketok pitu sapa nok tumbe pong tok denga...Maroh Mok Nab ko anok dio.
T69. TTENGAK: Suatu kata sifat yang naratif biasanya melayari kehidupan orang miskin dan susah. Maka TTENGAK dimaksudkan disini membawa maksud menahan lapar demi kelangsungan hidup. Mereka TTENGAK dalam soal makan dan minum. Mereka ,makan untuk menahan lapar, bukan untuk kenyang. Perkataan ini meruntun sejuta pengertian, betapa kita harus bersyukur kerana di Malaysia warga kita mati kerana banyak makan. Tapi jika do SOMALIA atau SUDAN manusia mati kerana tidak ada makanan. Di Pakistan manusia bisa mati hanya demi sekeping roti.Bersykurlah kita ditadbir oleh Kerajaan Barisan Nasional.
T70. TOTOK: Mengeluarkan kata-kata keras tanpa berlapik demi menyampaikan maksud.
T71. TETOK: Tetak.
T72. TAK KETEK: Senyap terus.
T73. TTEPIK: Meraung atau Melolong.
T74. TIBAN/TIBE: Pukul.
T75. TIMBUK: Belasah atau pukul dgn agak teruk.
T76. TAK LEH PAKAA: 1. Tidak boleh diterima. 2. Tidak dapat dipakai.
T77. TELAGA YER: Lesung Pipit.
T78. TTAME: Alat untuk ketam padi.
T79. TOKE POK: Tauke Getah atau Pemborong Getah atau Usahawan yang membeli getah/sekerap dari pengusaha tanaman getah.
T80. TAK POK: 1. Tidak Empuk. Contoh: Ubi kayu tadi direbus 20 minit. Test dulu taku TAK POK. Ketuk geger la kalu make. 2. TAK POK: Kata perumpamaan untuk individu yang tidak matang; sama spesis dengan KKERSOK'.
T81. TOK PEK: Apek atau Elder Chinese Man.
T82. TTAWOK: Sejenis alat muzik tradisional Kelantan seperti Gong, namun saiz dan kondisinya lebih kecil dari gong.
T83. TIPUH: Nipis atau tiada isi. Contoh: Ketua Mudir baghu balik melawat mangsa kebuluran di Afrika. Naya sungguh, negara tak dak makanan. Kena catu sokmo. Habi nya kughuh, dada tinggal tule, punggung pun pakat TIPUH habih.
T84. TAK SENDIK: Tak sembuh,tak selesai, tak betul,tak sempurna,tak tenang dan tak selesa, tak pulih.
T85. TAK TAHU SEKAGHO: Tidak tahu apa-apa pun.
T86. TAK TAHU GAPO SATU: Tidak tahu apa-apa.
T87. TERAKAT: Terangkat. Contoh a) Tadi pagi Kasim nak akat baju bola, tapi dia nya TERAKAT baju kemeja. b) TERAKAT kaki dia secara tak sengaja bila tengok oghe main Takraw tu. c) TERAKAT punggung Pak Abu kena tendang kat Maksu Aji pagi tadi.
T88. TEBE: Tebang.
T89: TEBENG (TE: E Tanda): Memaksa diri melakukan sesuatu, terkadang ia mengkonotasikan natijah berpositif contohnya belajar atau berlatih sukan. Namun ia bertukar menjadi sebaliknya andai perbuatan "TEBENG" (TE: E tanda) ini ke arah aktiviti sosial yang negatif.
T90: TEBENG (TE: E pepet): Suatu sifat dari spesis nak menunjuk-nunjuk atau menayangkan sesuatu. Saja nak tunjuk dalam lain perkataan. Ia boleh datang dari kumpulan kata Ego juga dari kumpulan kata Nak tunjuk yang positif nilainya seperti tunjuk model baru pakaian atau apa jua barangan.
T91. TIMBE: Timbang. Biasanya pertuturan Masyarakat tradisional Melayu Kelantan menjuruskan penggunaan perkataan ini untuk tujuan berjual beli. Contohnya: Timbe Pok Getah. Timbe Ike. Jika dulu kita gunakan DACING dalam unit kati tahi (Sistem Imperial, kini kita gunakan SI Unit atau Sistem antarabangsa. Namun andai sebahagaian dari kita pernah berada di USA, semua unitnya masih lagi menggunakan Sistem Imperial seperti Kelajuan Kereta masih menggunakan Miles Per Hour atau Batu Per Jam. Berat masih gunakan Paun & Aun. Minyak disukat gunakan Gallon dsb.
T92. TAK DER NNAPAH: Adalah guna kata perlambangan yang mewakili Teramat sibuk atau teramat padat aktivitinya, seolah-olah nak bernafas pun tdk sempat. Begitulah adanya.
T93. TAK LEH NNAPAH: Adalah kata nama yang termaktub dalam kita perubatan orang Melayu Kelantan dahulu kala yang memberi interpretasi Tidak Boleh Bernafas, ianya berada dalam kategori Perkataan Ilmu Perubatan dan kesihatan.
T94. TAK LASOK: Ia adalah katanama sifat yang berada dalam Khutub Khanah Khazanah Melayu Kelantan dari bab bahasa daya tahan tubuh dari bahagian Ilmu Kesihatan. Ia juga dikenali sebagai Tidak tahan lasak. Namun sebenarnya ia adalah konotasi ampuh dan jitu untuk mewakili sifat yang tidak sempurna mantap juga "Not Macho Enough" bagi lelaki Jati Kelantan.
T95. TAK CEKAK (e pepet)- 1) Dari kata nama sifat kitab Ilmu Kesihatan ia bermaksud tidak larat atau penat tahap gaban 2) Dari kata perlambangan ia memberi maksud sudah jemu.
T96. TAK CEKAK NAK OLEK: Adalah kata istilah dalam permainan bolasepak dari kategori kata perlambangan yang membawa maksud, sudah puas dan jemu pemain bolasepak menggelecek namun masih belum memberikan hasil atau tidak memberi impak yang positif dari konotasi menyerang dan keiltizaman contohnya untuk menjaringkan gol.
T97. TIDO TOKKOL: Tidor sambil berpeluk pada tahap tertinggi dengan pasangan masing-masing, secara moralnya antara suami dan isteri. Ia juga disebut TIDO DDAKAK TTOKO. Amatlah songsang jika berlaku perbuatan "BETTOKOL" begini antara sesama jantina.
T98. TAK CEKAK NAK TAHAA: 1) Tak mampu bertahan: Ambo buat yg terbaik dah, tapi serangan bertali arus, TAK CEKAK NAK TAHAA dah. 2) Tak mampu bersabar: Dah lama dah Jali bersabar dgn perangai Mek Nab yg kuat cemburu dan bghehi nngepek. TAK CEKAK NAK TAHAA dah Jali.3) Tidak berdaya untuk menahan: Padahal 20 oghe dah pemuda kampong Kopek Lanjut dok BETAHAA nak perebah kuba Pak Mat, tapi nya terlepas buleh. Ghama-ghama set gagah pun TAK CEKAK NAK TAHAA. Jenis Kuba Naik Minyak bukali.
T99. TUPE 1: Kata perbuatan Tumpang. Contoh: Boleh tak kawe nak TUPE naik kheta demo pagi esok gi Kota Bharu?.
T100. TUPE 2: Kata peradaban tata susila tahap tinggi i.e. "TUPE nak lalu deh". TUPE singgah sebentar ni depan kedai makcik.
T101. TAPE: Tapai.
T102. TTAPE 1: Terserempak.
T103. TTAPE 2: Tertampan
T104. TAPONG: Tampal.
T105. TTAPONG: Bertompok-tompok.
T106. TTIPUH: Duduk bersipuh dgn sopan.
T107. TEWAH: Tewas.
T108. TTEWAH: bertanding, berlawan atau berlumba atau diperbandingkan.Sama jenis sifatnya dgn BBADI.
T109. TAE 1: TEH. Contoh: Comel Daun TAE Cameron Highlands.
T110. TAE 2: TEH SUSU. Contoh: Abe Aji, maghi la minum TAE secawe ni, kita belanja. TAE di sini bermaksud Teh Susu. Jika tanpa susu ia dipanggil TAE 'O'.
T111. TAE 3. Pukul. Contoh: Farid nya gi TAE anak Haji Limah, malu weh, anak beranak kita lagi tu.
T112. TTIMBING: Bengkak mata kemerahan.
T113. TAWAA 1: Tawar.
T114. TAWAA EBER @ TAWAA LEMBE: Kata sifat terbitan untuk menggambar terlalu tawar tanpaada rasa manis sedikit pun. Contoh: TAWA EBER air kopi Makci Yam buat. Nya tohboh gula sikit habuk ni.
T115: TTAWAA 1: Sebutan "T" di hadapan ditebalkan serta beridgham; membawa maksud Mempelawa. Contoh: Ali, acu TTAWAA Pak Seng make durian atas basal tu.
T116: TAWAA 2: Minta kurang harga. Contoh: Harga beg ni RM15 satu, tapi gak boleh TAWAA lagi kalu adik nak.
T117. TEMBORK 1: Jalanraya.
T118. TEMBORK 2: Bedil atau Gun Shoot
T119. TUUMAH: Berasal drp Bahasa Inggeris i.e. Too Much. membawa maksud berbuat sesuatu dalam kadar waktu atau jangkamasa yg lama. Cth: Dok TUUMAH depan TV.


MKR

No comments: