BIJAN

BIJAN
MKR with YAB Dato' Sri Najib

Monday, October 18, 2010

R - BAHASA BAKU KELANTAN

R1. REMBAS/GHEMBAH:bermaksud HEMPAS Contoh ayat: Budin REMBAS/GHEMBAH fail-fail yang mengandungi surat perjanjian Kelantan Water dan Kerajaan Negeri. Dia murih sebab dia tandatangan dokumen perjanjian itu tanpa faham kandungannya dalam bahasa Inggeris.
R2. REBOH BELEPING: Jatuh yang kuat.
R3. REMBAH: Hempaskan (Konotasi sengaja).
R4. REYOK: Bengkok atau tidak lurus.
R5. REBEH: Ia adalah kata perumpamaan yg membawa maksud TERUK SIKIT. Cth ayat: Habis REBEH harta rakyat sejak PAS memerintah selama 20 tahun dok jual balak & tanah kat org asing.
R6. RRUDUM: Bermaksud jatuh teruk.Cth : Tkejut ambo dgr bunyi kuat kat belake. Rupo2nyo grobok buruk jatuh rrudum. Nok wak guano, doh lammo sangak doh.
R7. ROBA/GHOBA: Pemadam. Roba adalah dipercayai diambil dari perkataan Inggeris Tulin "RUBBER" atas sifat semulajadi pemadam diperbuat daripada Getah. Contoh ayat: Abe Sham, pinje ROBA semeta.
R8. PERANYUT: Hanyutkan. Contoh: Ayat2 qur'an hok ssoyok2 tu, kita bakar jadi abu, pahtu kita peranyut la kelaut atau sungai2 hok mengalir. jgn main tohok dale tong sapoh jah.
R8. RALIT: Leka atau asyik. Contoh: Jange RALIT sgt Zarime wei....lamoke lambat masuk kelas....nanti To' Mudir murka....time dio xdok mu la dok sibuk2 nyo dok caghi.
R9. ROBEK/GHOBEK: Luka yang serius. Contoh: Akibat kena pisau tadi, GHOBEK kulit Amin , wak gi Spital kena 5 jahit.
R10. ROBEK/GHOBEK: Buruk atau Usang. Contoh ayat: Pengalaman kawe naik kheta GHOBEK Pak Mat gi Pasir Mas lucu benar. 3 Kali mapuh tgh jale. Lps tu cabut tayar.
R11. ROMBAK: Ubah Keputusan. Contoh: Terpaksa Dato' Ketua Mudir ROMBAK keputusan mesyuarat male tadi sebab nak beri peluang untuk Ibu-ibu tunggal masuk pertandingan meniup belon hari keluarga Bahasa baku kelate.
R12. REJAAN: Hentak kaki. Contoh ayat: Datin Sue mmercok dgn suami dia sebab tak beli Gulaleng kat tapak ekspo tadi. Dia ngamok sapa REJAAN kaki kuat2 atas simen umah dia. Bergegar umah.
R13. RUKAH: Panjat. Contoh ayat: Pagi-pagi lagi Mat jali nya RUKAH pokok Mok Te depan umah dia.
R14: RUKAH: Maksudnya memeluk erat. Contoh ayat: Abe Rahim gak kalu hujan gak, pantang sentuh bulu ghoma ibu beghitik dia, cara konak RUKAH selalu. (Dengan Izin).
R15. RIMAH: Rimas atau rasa tidak selesa. Contoh: Rasa RIMAH jah ni, sebab peluh lain mace hari ni, cuaca panah luar tu.
R16. REJAAN BUMI: Ditelan Bumi. Contoh: gere seghotti...nakk ko rejan bomi mek somm maso maroh ko lijoh...brkalih lijoh ejah tok laki dio...sabit dio maroh tahap gaban.
R17. RANNYAA/GHANNYAA: Gaul. Contoh: Pakat nya RANNYA ramai-ramai la weh tepung ubi hak Mak Cik nah buat balik sakni tu. Jadi ko dok tak tahu nak buat Kuih Tahi Itik tu.
R18. RANGGOH/GHANGGOH: bermakna santap atau makan. Ia merupakan bahasa yg terlalu kasar jika digunakan untuk komunikasi dgn ibubapa atau org yg lebih dewasa. Perkataan RANGGOH/GHANGGOH ini lebih sesuai digunakan sesama teman rapat atau akrab untuk memberi refleksi gurau senda tahap gaban. Terkadang dalam kaedah bergurau, perkataan ini juga disebut sebagai "TAE KEDAGHAH". Juga memberi justifikasi yang sama dalam interaksi pergaulan.
R19. RAAUOT 1: Raut wajah.
R20. RAAUOT 2: Siat daun kelapa utk diambil lidinya. Cth : Mok dok RAAUOT lidi seberkah nok wak nnyapu.
R21. RAAUOT 3: Paksu Halim ambik minyak gamat, dia RAAUOT di seluruh tubuh dia hak kena ketik nnyamok.
R22. RAAUOT 4. Raut Buluh.
R23. RRAAKAK: Rapat gandar.
R24. RAPAT JIK/RAPAAK JIG: 1. Terlalu rapat. Contoh:Dalam persahabatan ada hak jenis RAPAK JIG tak dapat berpisah. 2. Terlalu kuat. Contoh:Tekan pedal minyak kereta RAPAT JIG. 3. Terlalu dekat. Contoh: Nya epe'rk kheta kuning tu sapa RAPAT JIG.
R25. RUMAH IBU: Rumah utama, lepah siap rumoh ibu, kita buat rumoh sughong.
R26. RETIK/GHETIK: Renjis. Cth: Ghetik air atas muka Abe Mat tu biar kebah demam tu.
MKR

No comments: