BIJAN

BIJAN
MKR with YAB Dato' Sri Najib

Monday, October 18, 2010

P - BAHASA BAKU KELANTAN

P1. PEHE: Faham. Contoh: Bagus pelajar-pelajar Dato’ Muhammad Zaidi ni, cepat PEHE bila ajar.
P2. PARROK NNISE: Kata Perumpamaan yang melambangkan terlalu teruk. Contoh: PARROK NNISE budak Deris tu, tergamak nya cughi duit mak dia.
P3. PELETING:ialah kata nama benda. Dalam bahasa Malaysia ia adalah Penyedut Minuman. Dalam Bahasa Inggeris Standard ia dipanggil “STRAW”. Contoh ayat: Arif Fahmi terpaksa makan Nasi Bubur guna “PELETING” selepas cedera teruk dibelasah Nik Abduh, abang iparnya sendiri.
P4. PELUPOH (1): Pelupoh adalah satu kata nama terbitan bernatijah serta bertindak balas dari perbuatan orang lain atau kejadian. Maknanya melemahkan seseorang atau organisasi.Contoh ayat: Husey Muso “tok kkretek” keno “PELUPOH” ko Syed Azidi... (Nota: Tak KKetek bermaksud “Tak Bersuara” atau “Membisu Tidak mampu berkata-kata lagi”).
P5. PELUPOH (2):Pelupoh adalah kata nama perbuatan yang menggambarkan sesuatu perbuatan bersepadu samada secara perseorangan atau berkumpulan atau ramai-ramai dengan menggunakan senjata tajam samada pisau,parang,kapak pedang dan apa saja senjata tajam untuk menyembellih,melapah,mengerat atau mencincang haiwan ternakan.Contoh ayat: Oleh kerana lembu kepunyaan Pak Mat itu terlalu besar dan garang,hampir kesemua khairiah Masjid Tok Kederat terpaksa turun padang untuk PELUPOH lembu t'sebut.
P6.PEKONG: Bermaksud Lontar atau Baling.
P7. PALLO: 1. Kepala 2. Ketua 3. Bahagian Utama/Depan
P8. PIYYAT: Rotan/Pukul Denda.
P9. PPALUK: Ngam. Cth: Ppaluk molek gandingan Nuwar Berohim dgn Nik Jis. Soghe lelong Melayu. Soghe lagi jual Agama. Dua-dua jenis jilat DAP Komunis Bandar.
P10. PI'AK boleh jadi MEROTAN. Pi'ak boleh juga dgn batang ubi atau benda lain bergantung kepada keadaan. Contoh ayat: Kerana lambat balik ke rumah Datin Sue telah di Pi'ak dengan penyapu oleh ayahnya.
P11. PISORH: Usahakan sesuatu. Contoh ayat; Puak2 kito kena PISORH biar Dato' Ketua Mudir naik jadi calon DUN Perupok. Kena khijo kuat dari la ni lagi.
P12. PAH: Sampai/Hingga. Contoh: Jauh di pekong telor aye kapong tu sapa PAH balik sana batas ubi.
P13. PAT: Empat. Contoh ayat: Ado PAT (4) oghe tino dalam jambe tu.
P14. PITIH: Duit/Wang: Contoh: Sebab tu Arif Fahmi kahwin dua, mugo dia PITIH banyak. Bunyi kata ada BILION2 ni, tak main lah juta2 ni lekeh dah.
P15. PESE (Sebutan: Pair Se): Pengsan. Contoh ayat: Mek Lijoh PESE atas batas padi tadi.
P16. PERse (Sebutan: PER Se): Pesan. Contoh ayat: Mek PERSE la kat Umi tu, maghi ambik ketupat umah Mama.
P17. PISE: Pisang. Sedak pengat PISE Kedai Abe Din.
P18. PAUH: Mempelam. Contoh ayat: Kalu mu gi jual Pasar Malam KL, mu jange sebut nak jual PAUH ni…pauh ni…pauh ni…oghe tak pehe. Kena sebut Mempelam. Tapi mu jange sebut PELAM atau PELE, nanti oghe kato mu NYAPONG.
P19. PENGAH: Pengah nih bermaksud ada sedikit perangai yg gedik atau gatal menggoda atau manja kucing. Contoh ayat: Pengah weh napok anak Semail Labi tu. Tak leh napok oghe Jate cagho ko nak ngorat.
P20. PILIHE GHAYO: Pilhanraya.Wakil Rakyat PAS mati, kena PILIHE GHAYO pulaok adik kakok GALAS.
P21. PERHATIYE: perhatian. Contoh ayat: PERHATIYE kpd adik kako; Arif Fahmi telah tipu duit rakyat Kelantan demi tamak haloba.
P22. POSTA: Poster. Contoh ayat: Puak-puak kita anak buah dato' Muhammad Zaidi Sidek kena bertugas bahgiye POSTA di DUN GALAS. Abe Rahim kena jaga molek set-set kita. Make minum jange tala.
P23. PPALO (1) : Kepala. Contoh ayat: PPalo sapo sakit, mari make panadol selalu.
P24. PPALO (2) : Ketua/Superior: Contoh ayat: Abe Rahim selaku PPALO kita dalam bab pase degha.
P25. PASSENJEN – Berasal dari perkataan Bahasa Inggeris Tulin iaitu “PASSENGER’ yg membawa maksud Penumpang. Contoh ayat: “Mat Din, ada 3 oghe PASSENJEN nak gi ke Grik pagi ni, kheta mu dah siap?” Tanya Pak Lah Selehong.
P26. PERANYUT: Hanyutkan. Contoh: Ayat2 qur'an hok ssoyok2 tu, kita bakar jadi abu, pahtu kita peranyut la kelaut atau sungai2 hok mengalir. jgn main tohok dale tong sapoh jah.
P27. POLE’K: Belit kata atau auta. Contoh: Tak leh wak kigho dgn set2 PKR bengong, Mesyuarat pemilihan pun bertetak sampai masuk hospital. Polek molek puak-puak bewak ni.
P28. PUTUH BELEPA’H: Perkataan berpasangan ini digunakan untuk melestarikan sifat ayat yang dibina sebagai serius dan agak ekstrim. Maknanya putus yang mengakibatkan keadaan menjadi serius. Contoh ayat: “PUTUH BELEPA’H” kabel Telekom tadi kena langgar dengan Lori Kontena 20 Tan.
P28. PE-EL HUDOH: Maksudnya buat perangai yg tak elok. PE’EL berasal dari perkataan ARAB iaitu Fe-el bermaksud Tabiat. Hudoh bermaksud Tak senonoh. Jadi PE-EL HUDOH boleh dimaksudkan sebagai Tabiat yang tak senonoh atau tak baik dari segi moral. Cth : Geghe sunggoh la tgk budok nih. PE-EL HUDOH sunggoh. Nyo gi wat temucung mulut, mmecok mmongoh depe oghe. Wak malu mok bapok jah. Maroh Mek Nab pd anok dio.
P29. PPALO PENGAT: Ketua Penjahat atau Ketua Geng2 Nakal atau Kepala Nakal. Contoh ayat: Masa zaman sekolah mula, Mat Derus tu la jadi PPALO PENGAT budak-budak nakal dalam sekolah. Acap kali kena rotan, denda, gantung sekolah dsb. La ni dia jadi usahawan berjaya, banyak tolong orang susah. Budak-budak hak senyap baik zaman sekolah ada dah 2 – 3 oghe mati kes hisap dadah.
P30. PUTUS ANGIN: Putus harapan, frustasi, tersentak. Contoh ayat: PUTUS ANGIN Abe Majid bila tengok staf dia kerja sambil lewa, sedangkan tender nak tutup esok lusa dah, “quotation” tak siap isi lagi.geri tak cukup sepuloh.
P31. PERANYUT: Adalah kata nama perbuatan untuk membuang jauh-jauh atau membuang secara total atau tidak diperlukan lagi. Contoh ayat: Kita PERANYUT habis calon-calon PAS dalam PRU akan datang ni biar hilang dalam Sungai Kelantan.
P32. PPULAH KACE: Berputar / terbelit. Cth : Bakpo gak dok lok woyar tu sapa PPULAH KACE? Macemano nok jjale molek meseng nih.
P33. PATAH RENG: Hilang upaya atau hilang tenaga: Contoh ayat: Jange ggomo sgt wey....demo tu mudo lagi...lamoke patoh rreng gak tak mmadoo....sipe sikit kederat tu.
P44. PETUT: Arah atau Suruh. Contoh ayat: Kena petut dgn bini suroh ssiap buat rumah nak bubuh anok kero.
P45. PUTUS WAYAR: Hampir Gila. Contoh ayat: ,kalu tak dapat jjadi calon,Hj Kulup meh meh putus woyar
P46. PERI”AN 1: Musim. Contoh ayat: ABE Rahim kita kalu pasa mene ni dia ikut sungguh pah sebabak, sebabak. Mula PERIAN Beloalng Rusa, dia beli Belalng Rus wat tanding sogha. Lps tu PERIAN Aye Serama, dia habis beribu beli Aye Serama. La ni dia minat tengok Renang Wanita Sukan Komanwel. Haktu Ibu Beghitik tak berapa nak dok diye.
P47. PPALO HALIYE: Lebih kurang serupo gedebe,samseng,hanelan,ganah,metoa. Contoh ayat: KOJACK ni PALLO HALIAN LA Zaman dok ngaji mula. Letih mitah dia. pakai motor besar. Pah tu ga gewe mewah. Time ayah dia maghi cari ambo la tukang cover belakang tabir..
P48. RRODOK: Jolok. Cth : Rrodok mmolek gak, biar kemah tp jange telajok. Takut nyo tembuh la pulok.
P49. PPETIK SAWO: Berbintik-bintik hitam, biasanya atas kain yg bewarna putih/cerah kerana senang dilihat. Contoh: Lama nya sebek baju tepi dinding tak basuh-basuh. Habis PPETIK SAWO celah kolar naju sekolah dia tu.
P50. PINNAR: Berpinar. Contoh: PINNAR anak mata kawe, lps jaga tengok bola male tadi. Nak buat guano gak jaga sapa ceroh.
P51. PERUDOH: Memburuk-burukkan. Contoh: Kita jange mudah percaya kepada berita hak dok PERUDOH kepada perdana Menteri kita. Sebab set-set ni dok make pitih Yahudi siang malam nak ambik alih negara kita.
P52. PA'RAH: Potong Serong. Contoh: Acu PA'RAH molek nyo muda tu.
P53. PUTUH ANGIN: Putus Asa. Contoh: PUTUH ANGIN Abe Mat bila lihat menantu jate dia sendiri dok gi sujud taksub ko Nik Bujis sesat baghat tu.
P54. PELEPAH ANGIN: Melepaskan Geram atau Rasa. Contoh: Dato' Zaidi hari ni rasa nak PELEPAH ANGIN dia sikit, dia nak gi "Diving Range' semeta ptg ni, lama tak hayun batang dia kata.
P55. PANAHH PEDIH: Suatu keadaan dalam badan yang amat tidak selesa. Contoh ayat: Mat Jack tu sokmo jenis terbolaah. Ubat Klinik hak dia ambik tadi Doktor suruh comor jah tubuh; Mat Jack nya gi minum. Tu nya PANAHH PEDIH dalam tubuh tu.
P56. PULUR: Batang (Biasanya untuk tumbuhan) Contoh: Pulur Jagung dsb.
P57. PAGHOK: Banyak.
P58. PPAGHOK: Terserempak.
P59. PECUUNG: Ambil tindakan atau tindakbalas atau bertindak. Contoh: Lepas dengar arahan Ketua Mudir, Abe Mat PECUUNG selalu.
P60. PERUT HUDOH: Busuk hati.
P61. PELAKAR/PLAKA: Petir.
P62. PPAYAN/PPAYER: Tempayan.
P63. PENG LALAT: Kena hurung oleh lalat. Contohnya: Makanan yang tidak ditutp dgn saji senang kena PENG LALAT.
P64. PADAN SSINI DULU: Cukuplah sampai di sini dulu.Selesai awal.
P65. PUAH: "Boring" atau Jemu.
P66. PEGHOR: Memelihara (Biasanya khusus kpd membela haiwan ternakan spt itik kambing). Secara negatifnya oghe PEGHOR hantu. (Bela Hantu).
P67. PERASAP/PEGHASAK 1: Mengasapkan sesuatu.
P68. PERASAP/PEGHASAK 2: Rutin atau dsiplin dalam ritual perbomohan atau perdukunan.
P69. PECAH KEMBUR: Hancur lebur.
P70. PENUNGGUL: Alat utama untuk menanda dan memegang tali ternakan orang Melayu seperti kambing, lembu, kerbau (Yang Berkaki 4 sahaja)di mana, tali haiwan ternakan tadi diikatkan dileher. Hujung tali tadi diletakkan "PENUNGGUL" sebagai penanda. Selain berfungsi sbg penanda; PENUNGGUL juga berperanan untuk menetapkan kedudukan haiwan ternakan semasa memagut rumput. Ia dipacak diatas tanah. Semasa era kehebatan seni ukir melayu, PENUNGGUL telah diukir dgn pelbagai bentuk ukiran yang menarik. Dan yg pastinya hujung ke bawahnya tetap menirus dan tajam untuk di'tujah' ke atas tanah.
P71. PONG 1: Pam. Contoh: Pam Angin = Pong Angin. Pam Air = Pong Air.
P72. PONG 2: Memuji. Contoh: Demo jange dok kuat "PONG" Abe Haji kita tu, naya ko dia, lama ke maghi semangat muda, dia turun main bola sekali dgn set2 muda. Naya kat Maksu Aji nak cari tukang urut.
P73. PPALO DUSUN: Bahagian hujung buah yang agak manis dan sedap. Contoh: Buah Mache.
P74. PELEPAH: Melepaskan, melonggarkan, menghilangkan. Contoh 1: Tok Aji dok PELEPAH Ani Maksu Loteng masuk Atu tadi. Mujo berjaya. Contoh 2. Mujo Hashim tulong gi PELEPAH tali kuba Pak Ya hak bbelit kat tiye nyor tadi. 3. Zariman tak leh kelik tadi sebab ramai peminat dia dak nanti sign autograf, mujo Pak Nik gi PELEPAH, ejah wak naik 'leroba' gi ko Galas.
P75. PELEPOH: Bahagian daun pokok yg ada tetulang. Contoh: PELEPOH Pisang, PELEPOH Nyor.
P76. PEROOH/PEGHAH: Kata proses dalam sektor penternakan spt: PEGHAH susu lembu. Dalam sektor Rumahtangga: PEGHAH kain selepas dicuci untuk proses penjemuran.
P77. PERANGAT: a)Memanaskan masakan. Contoh: Firdaus dok PERANGAT gulai hak masak pagi tadi. b)Menghangatkan keadaan atau batu api. Contoh: Tadi Azmi dan Alisya dah berdamai dan sejuk molek dah. Maghi Mak Munah Khawat jual kain tu, nya cocoh mace-mace demo dua tu nya PERANGAT balik, baloh geger pulok jadinya.
P88. PERANGE: a) Peralatan untuk memanggang lauk seperti Ikan, Daging, Ayam, Sotong, Udang dsb. b) Tempat dudk basikal di sebelah belakang.
P89. PERAPAT: Merapatkan, Mengeratkan, Mengintimkan, Memperdekatkan, Menyatukan. Contoh: a) Molek jugak kita ikat Ani & Jusoh ni, selain nak PERAPAT waris jauh-jauh kita nak menyatukan dua keluarga besar mak Su Aji. b) Abe Soh tolong anjak meja tu PERAPAT alah tepi sikit. c) Demo kena gi PERAPAT ko Stadium tu, lama gak jauh jale kaki.
P90. PERAMBAT: Dihalau. Diusir. Dihambat keluar. Contoh: Mu jange wak gege lalu depan kedai Pakchu Mejah tu, nya PERAMBAT dgn Pare Panje lamo ke.
P91. PERACUR: a) Kata sifat perlambangan i.e. Menghancurkan perhubungan : Demo ni jenis PERACUR rumahtangga oghe. b)Kata Perbuatan fizikal: Menghancurkan sesuatu bahan hingga berkecai atau lumat: Nya PERACUR habih sekuk dale bocong tu nya wak main jual sek-sek dia.Nakal la anak Shimah tu.
P92. PERAMAI: Meramaikan. Memeriahkan.
P93. PUTA RANGGAH/PUTA GHANGGAH: Ialah kata gelaran untuk individu yang benar-benar membawa kemudaratan kepada komuniti sekelilingnya. Malah ia juga menghampiri konotasi sampah masyarakat, atau untuk seseorang yang berjawatan tetapi memiliki sisi yang boleh dinamakan sebagai "matamu menipu alam".
P94. PUAK AYAM SERAMA: Para pejuang yang mantap.
P95. PPOYORK: Tempoyak.
P96. PULUT LEPA: Sejenis kuih tradisional Kelantan yang tersohor. Ada juga memanggilnya dgn nama PULUT PANGGANG. Di sesetengah kawasan ia dikenali dgn nama PULUT DAKAK.
P97. PUTU HALBA: Sejenis kuih tradisi masyarakat Melayu Kelantan.
P98. PPENAA BUTIR MATO/PPINA BUTIR MATO: 1) Kata sifat untuk sakit mata akibat bekerja (menggunakan mata) seperti menaip depan komputer dlm tempoh masa yg lama, dsb. 2) Kata bidalan yg menggambarkan tidak elok dipandang. Contoh: PINNA BUTIR MATO kawe tengok sampah banyak dlm bandar Kota Bharu.
P99. PAGHORK 1: Banyak. Contoh: PAGHORK latihan cikgu bagi tadi. takleh nak bengah ni.
P100.PAGHORK 2: Kata perlambangan sesuatu yg terlalu banyak, ekstrim atau pun tahap serius. Contoh: PAGHORK Hamid kema marah tadi.
P101. PPAGHORK: Terserempak.
P102. PENGAK: Pengat. Contoh: Pengat Pisang.
P103. PENG 1: Kata perumpamaan untuk perbuatan "Tampar' atau penampar kilat.
P104. PENG 2: Kata bidalan untuk perbuatan mencabul tahap gaban atau bersenggama.
P105. PONGOH: Panas Baran atau tidak memiliki sifat sabar. PONGOH juga adalah konotasi sifat manusia yg sebenarnya tidak layak untuk jadi pemimpin. Orang yg PONGOH biasanya boleh memudaratkan komuniti sekelilingnya. Bagi orang PONGOH, orang lain semua salah, hanya dia yang betul. Contoh: Andai orang PONGOH berkata tahi lembu itu wangi, maka sesiapa yg hadir berkata ia busuk, maka orang PONGOH tadi akan terus melenting tanpa dapat dibendung lagi.
P106. PULI: Pully.
P107. PIUL PAM: Fuel Pump (Automotive Engineering Technical Term).
P108. PISTEN: Piston (Automotive Engineering Technical Term).
P109. PAA 1: Hantaran perkahwinan atau pertunangan. Contoh: Berapa PAA pihak lelaki bawa tadi masa masuk meminang anak Haji Limbat?
P110. PAA 2: Sejenis alat meminang dan perkahwinan tradisi untuk meletakkan barang hantaran dalam perkahwinan atau pertunangan seperti Pulut Kuning, Tepak Sirih, dsb. PAA ialah sejenis alat yang bersifat seperti Dulang yang mempunyai Tiang dan pelapik.
P111. PAA 3: Adalah nama mesra bagi lelaki Kelantan i.e. JAAFAR, STOPA atau pun GHAFAR dsb.
P112. PUYYE 1: Musim. Cth: La ni PUYYE huje, jaga molek masyarakat kapong kita jgn leka, lama ke ada hal main air, hanyut lemas. PUYYE 2: Trend. Cth: La ni PUYYE seluar kaki kecik timbul semula. Habis anak2 muda kita nya bergomol pakai seluar stail Yenki zaman dulu.
P113. PPOGHAH/PPOGHA HANGIT(Sebutannya agak sengau): PPOGHAH adalah kacukan bahasa antara Bahasa Melayu Kelantan & Bahasa Tamil (PORAH) yg memberi justifikasi negatif yg melambangkan sifat atau natijah berganda dari sikap individu yg biasanya kurang disenangi masyarakat setempat. Ia juga membawa makna "Lobey" atau rendah kualiti moralnya untuk lelaki atau wanita. PPOGHAH juga digunakan untuk terma-terma senda gurau seperti: "PPOGHAH mu ni....tubik kedai tak pakai baju" memberi maksud kurang sopan jika tidak berbaju jika ke kawasan terbuka dan terdedah. PPOGHAH HANGIT adalah kata sifat terbitan dari perbuatan negatif. Dalam terma moden PPOGHAH HANGIT boleh juga diklasifikasikan dalam kategori HAMPEH DOT COM.
P114. PPAGHAK: Terserempak atau terjumpa. Cth: Ambo gi kedai tadi PPAGHOK dgn Cik Husin Gelang Mas.
P115. PAGHOK: Terlalu banyak atau Terlalu kuat. Cth: Ajis, mu jange belanja duit sekolah tu PAGHOK-PAGHOK sangat, ayah tak leh NNogheh lagi ni.
P116. PAGHO: Para. Cth: Amin, tolong jemur Ikan kering tu atas PAGHO deh.
P117. PAH GAK @ PAH TU: Adalah kata terbitan untuk menyambung perbualan.
P118. PPAWOH: Sewa Pakai. Cth: Dia PPAWOH tanah bendang tu utk Pak Da Jali tanam padi.
MKR

No comments: