BIJAN

BIJAN
MKR with YAB Dato' Sri Najib

Monday, October 18, 2010

K - BAHASA BAKU KELANTAN

K1: KACE CAMBOH:Dalam istilah sayur orang Kelantan ada satu nama unik iaitu KACE CAMBOH. Membawa maksud di Muar Johor ia dipanggil TOGEL sahaja. Togel adalah sejenis sayur dari kacang hijau. Ianya cepat tumbuh dan menjadi resipi utama dalam penyediaan Chow Kuew Teow. Apabila ada orang Kelantan yg berbesan dgn org Muar nak beli "KACANG CAMBAH" maka berilah kepadanya "Togel".
K2: KELAGHING/KELARING:adalah kata nama sifat yang menggambarkan keadaan di mana bahan cecair samada,air minuman,air liur,air basuhan atau apa saja yang pada asalnya berair dan telah mengalami proses pengeringan samada secara semulajadi atau dengan bantuan dan disebabkan proses pengeringan.Ia meninggalakan kesan yang jelas dan merosakkan permukaan sesuatu benda atau manusia dan ianya mencacatkan keadaan dan boleh juga menyebabkan perasaan geli,jijik,memualkan dan tidak selesa.
Contoh ayat: Setelah berkali-kali Amin menekan loceng rumah Rosma,akhirnya beliau muncul dengan keadaan rambut yang tidak terurus dan bibir mulutnya berkelaghing kesan air liur basi.
K3: KA-ARK (1): Merupakan kata sifat yang menunjukkan betapa susah dan sukarnya sesuatu situasi. Ia boleh mewakili kedaifan dari segi ekonomi, sahsiah, persekitaran dsb.Contoh: “Harap Abe Zack jangan membazir sangat beli barang sekolah. Ayah tak leh menoreh sehari dua ni sebab hujan. Tengah KA-ARK ni.” Nasihat ibu.
K4: KA-ARK (2): Terdesak dalam permainan. Contoh: “Tengah KA-ARK ni gu” sambil merujuk kepada Papan Dam. Beliau sedang di’attack’ secara ganas oleh Pak Abu dalam permainan Dam Aji di kedai Abe Zin Gunung Barat.
K5: KA-ARK (3): Cetek Contoh 3: “Oghe KA-ARK Ilmu Agama la tu” kata-kata arwah Tuan Guru Haji Daud Bukit Abal merujuk kepada beberapa pemimpin PAS yang mengeluarkan fatwa politik, padahal Ilmu Agama tak sehebat mana, namun bila jadi ahli PAS, jadi ketua Cawangan pun dah perasan macam ULAMAK SHEIKH MEKAH!.
K6: KETIK/KHETEK: Gigit. Contoh: Bekork cobong kaki Mek Jah kena KHETEK nyamuk.
K7: KETTIK/KHETTE: Kuil. Hassan putus wayar kot mano tak tahu, nya gi bagi kain kuning dalam upacara rukun penganugerahan gelaran sami Agama Budha di KHETTEK Tumpat baghu ni.
K8: KHELOK: Sedikit kecederaan. Contoh: Bustaman jatuh tadi, KHELOK jari tange dia tindih tayar buruk.
K9: KHEJONG(1): Khejong adalah kata sifat yang terhasil dari tindak balas biologi dan proses. Ia membawa maksud terlalu keras atau teramat keras.Contoh Ayat: "Susoh sunggoh nok kunyah daging import ni, kerah KHEJONG.
K10: KHEJONG (2): Paksa.Contoh Ayat: "Pak Meon KHEJONG anok dio nok buwi make ubat deme"
K11: KHEJONG (3): Serbu beramai-ramai.Contoh Ayat: Nik Ajis dan exco-exco bengong PAS Kelantan telah KHEJONG ramai-ramai Tuan Punya CEK TIPU RM4 Bilion baru ni dengan melondehkan seluar dalam sambil ikat kainnya di Kepala Paip Syarikat Air Kelantan yg tak ada air tu.
K12: KELUK KE’LEH:Keluk Ke'leh ini adalah kata nama perbuatan yg bermaksud berdolak dalih,tidak tetap dalam membuat keputusan,tiada pendirian dan selalu mengelak untuk bercakap perkara yg sebenarnya,perkataan terbitan yg selalu digunakan juga dalam perbualan harian adalah tak lekat unjap.
K13: KAWE: Kata ganti diri untuk saya. Contoh: Kawe nak gi keda meta.
K14: KKUBBE LEMBE: Sesuatu yang tidak teratur dan berterabur tidak berada ditempat susunannya.
K15: KEKCONG: Sejenis belalang yang panjang badannya.
K16: KOSSEK: Usik. Jange KOSEK Datin tu, dia kan Setiausaha Kelas kita. nanti dia report kat Abe Rahim, naya kita kena PIYYAT. Abe Rahim Timbalan Ketua Mudir oghe BEKENG. Orang bijak-bijak pendekar Tanah Selinggi.
K17: KELONG: Tipu. Contoh ayat: Dia sokmo-sokmo kalu main terup 21, kalu tak KELONG, tak sah.
K18: KHELONG: Tamak. Contoh ayat: Arif Fahmi tu KHELONG la nak make duit rakyat. Lepas tipu Nik Aziz sign VO terlebih bayar RM50 Juta, la ni dia jual tanah Kelantan di Jalan Stonor, KLCC kpd cino. Mapuh la rakyat Kelantan ni. Kena tipu kat PAS sokmo-sokmo.
K19: KODI: Kurang Kualiti. Contoh ayat: Baghe demo tu KODI.
K20: KECINGN (1): Kencing. Contoh ayat: Ingat molek jale dlm kawasan hutan tu, jange KECING merata-rata.
K21: KECING (2): Tipu. Contoh ayat: Dalam PRK DUN GALAS nanti, gapo dia puak PAS nak KECING Rakyat?
K22:KEHEL/KEHEY: Maknanya kena usaha ataU PISORH sengoti. Contoh ayat: Kot-kot mano pun, puok kita kena KEHEY (kehel) biar Dato' Ketua Mudir jadi Calon kita DUN Perupok nanti.
K23: KHIJO: Kerja. Contoh: Pakda Hamid nak gi KHIJO doh ko?
K24: KKEDA: Kedai. Contoh: Maghi kita pakat gi minum air KEDDA. Abe Rahim nak belanja.
K25: KATUP: Tutup. Contoh: male ni Abe Rahim KATUP kedai dia, sebab gi melawat TDM sakit kat Australia.
K26: KHETO: Kereta. Contoh: Mu naik KHETO sapo sakni maghi.
K27: KKUCAR HANYAR/KKUBE LANA: Kucar kacir, lintang pukang, berserabut atau tidak tersusun elok. Contoh ayat: Kkucar Hanya habis 'whiteboard' kelas dengan soalan-soalan serta perkataan baku Kelantan dari pelajar-pelajar senior atau pun yang baru mendaftar. Namun bagi Dato’ Mudir dia tersenyum bangga kerana sessi pembelajaran kian aktif dan mendapat reaksi yang positif.
K28: KHUSI: Kerusi. Contoh ayat: Jange dok atas KHUSI tu, nampak cemar tu.
K29: KHETAH UNDI: Kertas Undi. Jangan lupo, pangkha dale kotak sebelah gambar Dacing pada KHETAH UNDI nanti.
K30: KEKCHORK: Jalan berdecit-decit atau Tempang. Contoh ayat: Lepas jatuh lube kemarin, Dollah napok jale KEKCHORK sikit.
K31: KOHO (1): Semakin. Contoh ayat: Koho saghi koho comel anok Pak mat tu.
K32: KOHO (2): Perlahan/Slow. Contoh ayat: Bawa motosikal KOHO sikit dalam DUN GALAS sehari dua ni, banyak kenderaan lalu masuk keluar. Nanti eksiden pulok.
K33: KAPONG: Bermaksud kampong berasal dari perkataan Inggeris “Compound” iaitu suatu kawasan penempatan. Contoh ayat: Demo mari KAPONG mano?
K34: KUTIH: Kopek.Contoh ayat: Bakpo gak dok KUTIH kuping tepat luko tuh.. lambat siya la.
K35: KUBA RABIT: Kuba Rabik atau Kuba Ghabik adalah kata sifat perlambangan semata-maya untuk menggambarkan betapa hodohnya sesuatu rupa atau paras seseorang pada sesuatu ketika. Contoh ayat: Kawe kelih muko Husam Musa masa jawab soalan pemberita tadi serupo jah muka KUBA RABIT. Kecek agah gitu lalu.
K36: KHOKO’K: Melengkukkan jari. Contoh: telunjuk lurus,jari berkokook kor?
K37: KO-OR: Biasanya digunakan sebagai sendi pelengkap ayat kepada JEGHIK. KO-OR mewakili sifat yang ekstrim serta melampau. Contoh ayat: Jeghik “KO-OR” anak Midah nak ikut dia pagi ni. Maksudnya Jeghik yg kuat.
K38: KELI’K: Maksudnya balik atau pulang. Contoh ayat: Datin Sue ni bghehi berderat’. Tubik ghumah jark pagi tadi, ni pukul 10 male tak “KELI’K” lagi.
K39: KUCAR LANAR: Habis punah,rosak segala perancangan,kucar kacir jadinya.tak sempurna dan bermasalah. Contoh ayat: Kalu der kat puak PAS memerintah gak, Negeri hak aman banyak hasil jadi KUCAR LANAR, sebab puak2 Tok Wakil & Exco dia dok berebut ‘harta rampasan perang” hingga lupa sama sekali kat rakyat jelata.
K40: KELEBEK: Menyelak untuk membuka sesuatu. Contoh ayat: Amin dok KELEBEK kain buruk yg terlipat bawah almari jark pagi lagi. Dok caghi gapo pun tak tahu.
K41: KLOGHEK: Kedekut. Contoh ayat: Mu jange dok saing balah mano dgn Majid Keling tu. KLOGHEK nak mapuh. Kalu make kedai dgn dia, jgn mimpi dia nak bayar.
K42: KUPIK: Spesis yang sama dengan KLOGHEK iaitu KEDEKUT.
K43: KKATEH: Tinggi Lampai. Contoh ayat: KKATEH molek cucu Hajjah Limah tu. Muga Mak dia Oghe Putih. Nya nnurung la weh. Dah la KKATEH, Comel pulok tu. Rasa nak buat NNatu ni.
K44:KALE: Maksudnya Pensel. Perkataan ini mempunyai pengaruh Arab yang tebal dari perkataan asalnya “QALAM”. Contoh ayat: Murid-murid sekelian, jawab soalan objektif dengan cermat. Tandakan jawapan anda hanya dengan gunakan KALE jenis 2B.
K45: KKALE: Bermaksud Pengkalan atau Jeti. Contoh ayat: Kalu demo gi Rantau Panje, kirim salam kat Mat Din Begheng KKALE Paun tu.
K46: KEGHAH KENG: Hanya mahu menerima pendapat diri sendiri dan mengangap pendapat orang lain semua salah. Ada juga dalam keadaan tertentu ia bermaksud dalam berhujah seseorang itu tidak pernah mahu menerima pendapat orang lain, tahu nak menang saja. Contoh ayat: Mu jange buat kigho dgn Mek Senah tu, jenis KEGHAH KENG. Letih kawe hurai kata Pelangi terhasil dari spektrum biasan cahaya matahari kepada butiran air hujan yang halus itu. Mek Senah tetap bersungguh-sungguh mengatakan Pelangi adalah seekor Naga yg sdg minum air.
K47: KKECEK: 1. Bercakap.
K48: KKEPIT 1: Berada di persimpangan dilemma. Nak telan mati Mak. Nak kehek mati Pak. Contoh ayat: Haji Hassan la ni “KKEPIT” nak pilih hak mano so. Nak pujuk hak Muda, hak Tua lari. Nak pujuk hak Tua, hak Muda mmercok. Kalu payoh-payoh gak Haji Hassan kena cari hak no tiga. Biar jadi P. Ramlee. Tapi kalu nak pasang 3, kena cari Ghetok mano hak rendah, cede awal2 nak terjun kalu krisis pula.
K49: KKEPIT 2: Kata sifat bernatijah dari perbuatan iaitu Terhimpit. Contoh ayat: Hari ni kawe gi tolong Pak Chu Ghocoh sebab dia “KKEPIT” batu celah gelegar pape umah dia. Nasib baik tak luka. Kalu tidak pah ko spital lana.
K50: KIRO SALI: Seri atau Halal. Contoh ayat: Dalam keputusan Dun Galas, jika UMNO menang baru KIRO Sali. Sebab Manek Urai PAS menang.
K51: KKOLEH: Sejenis kuih org Kelantan. Contoh ayat: Mat Ruji gi beli dah kuih KKOLEH hak Maksu Aji pesan tadi?
K52: KUDIS: Maksudnya kesan luka yang tak sembuh akan jadi kudis. Atau pun kena kudis akibat kuman. Contoh ayat: Akibat serangan virus rama-rama, ramai kanak-kanak Kapong Repoh Jagong kena KUDIS. Semua mangsa telah dihantar ke Hospital Tanah Merah untuk dirawat.
K53: KKUDIS 1: Maksudnya telah berkudis. Contoh ayat: Tu la pasal, Mek ghoyak dah jange main air char tu, tengok apa jadi tubuh adik mu ni, habis KKUDIS.
K54 : KKUDIS 2: Maksudnya kesan yang mendalam akibat persengketaan atau selisih faham. Contoh ayat: Payah dah nak berubat Pak Da Him dgn Pak Su Halim tu. Sebab kes tarik kheta dulu anak kaki, de balloh dia jadi KUDIS payah nak siya.
K55: KANDAA: Pikul atas belakang. Contoh ayat: Gagah lagi Pakcik Haji Mat tu. Umur dah dekat 100 tahun, tapi nya KANDAA pise setandan main2 jah. Kita hak mudo ni patut malu kat dia. Kena gi belajar Ilmu gapo dia amal.
K56: KKIAT: Ketat. Contoh ayat: Payah sikit nak buka pintu kheta sewa tadi. KKIAT sikit. Mungkin sebab kaghat lama tak bubuh gris.
K57: KHIAT: Sejenis buah-buahan dari tumbuhan liar di pinggir hutan. Buah KHIAT namanya. Contoh ayat: Pak Soh sokmo ajak ambo ghukah pokok KHIAT tepi hutan tu. Dia bghehi benar make buah KHIAT tu.
K58:KUBAN/KUBE 1: Membawa maksud mengucar-kacirkan keadaan yg telah tersusun elok Contohnya: Nya KUBE buleh kain hak Mak lipat tadi. Nakal sungguh la Mat Jemi ni.
K59: KUBAN/KUBE 2: Memberi interpretasi lain seperti “Mengarut” atau “Menipu”. Contoh ayat: Puak-puak PKR, PAS & PKR ni jika dia memerintah gak caro nak KUBE koksey. Baru kemaring dulu dah umum harga AIR di Kedah & Penang naik harga mendadak. Masa BN merintah mula untong hamper 50 juta di Penang. La ni selepas lantik LGE jadi Pengerusi Sykt Bekalan Air Penang, untung tinggal ciput.
K60: KOHO: Perlahan. Kata terbitannya ialah KOHO-KOHO, membawa maksud perlahan-lahan. Contoh ayat: La ni kena bawa kheya KOHO-KOHO di kawasan DUN GALAS, sebab ramai pekerja parti sedang bertugas.
K61: KAMEEL: Uli atau gaul. Contoh: Male2 ni kalu keno jeput pise sedak jugok....Tania sekalo rajin bab2 kameel tepung(gandum) ni....
K62: KETAR GEGAR: Gemuruh Bergelisah atau Kenaling peringkat gaban. Contoh ayat: To' Mudir nyo wak gurau ....nyo petut ko ambo gati dio ssaroh....kito nyo tok beso, ketar ggegar la dok atah pentas sore.
K63: KKUBE LANAA: Berselerak atau tidak teratur kedudukannya. Contoh: Kawe gi jale rumah Deris Punga di KUBE BEMBBE baghu ni. Ghumah dia tinggal lamo. KUBBE LEMBE jak dari muko pitu sapa la ko pitu jambe dapor. 5 jam dia kemas balik baru siap. Tu pun kena kerah anak butir sekeling kapong maghi tulong.
K64. KEMBE GATONG: Senah pun jawab. Ni ambo baik dah ni KEMBE GATONG. Tu Mek Ni sebelah umah pakai Spendo jah. Jawab Tok Laki Senah: Mu buat kigho buleh dgn Mek Ni tu budak umur 3 tahun....Kesork parak mu nih Senah weh.....
K65. KELIR: Tabir,kain buat penghadang,screen wayang kulit. Contoh: Sebelum persembahan Wayang Kulit, seminggu sebelumnya Dollah Baju Merah akan basuh Kain KELIR Wayang Kulit dia bersih2 agar kualiti persembahan terjamin.
K66. KOLEK-KOLEK: Hanya tinggal satu atau the last one. Contoh ayat: Oghe lain balik belaka dah. Tinggal Pak Ayub KOLEK-KOLEK soghe nak balik takdak Bas. Saing2 dia tinggal dia.
K67. KKEDUH: Terasa hati atau Kecil hati. Contoh: Maksu Zan KKEDUH sikit baru ni, sebab dia ngidam nak make Woh Mokte, tapi Abe Mat dia tak beli.
K68. KHASAK: Kasar atau menggerutu. Contoh ayat: Mu gi main mano sapa hite KHASAK kulit ni.
K69. KHETA GILLING: "Steam Roll" atau jentolak pemampat Tar Jalanraya. Contoh ayat: Mat Jimbo & Abe Rahman kecik-kecik mula gak, kalu KHETA GILLING lalu kot kapong, pakat turut sapa hujung kapong.
K70. KETUK EGHEK: Kata perumpamaan untuk memberi konotasi negatif terhadap sesuatu perkara. ianya hanyalah sekadar perlambangan. Contoh: Selangor main mace bewak, pun berlagak dah. KETUK EGHEK dia, tetgamak dia kata Peyokong bola Kelate tak bertamadun.
K71. KAGHAT OTAK: Kata Bidalan yamg membawa maksud "Sudah lupa" atau sudah tak ingat akan sesuatu perkara. Contoh: Lama dah kawe tang buat soalan Kalkulus ni, KAGHAT OTAK doh weh...
K72. KKEDDEKUT: Spesis yang sama dengan KLOGHEK dan KUPIK.
K73. KKEDUT: Berkedut. Contoh: Sejenis kuih di kelantan dinamakan AKOK KKEDUT. Walaupun berkedut namun kesedapannya terlalu sukar digambarkan.
K74. KECEH (1): Cucuh atau Nyalakan. Contoh: Mat Yie, mu tolong KECEH gessek ni, aku nak peridok api, nak bakar satay ni.
K75. KECEH (2): Nak Mengorat atau Cubaan untuk menggoda. Contoh: Raziman tu tak dok khijo lain, caro ko nok KECEH Datin Sue hak lawa comel tu. Hehehee....
K76. KORTER: Kemaluan lelaki.
K77. KOYA: Perasan. Contoh: Puak-puak PAS ni KOYA ISLE jah, padahal solat 5 waktu pun berterabur...Dok maki sesama Isle tu ngaji kitab mano?
K78. KONA LEPER: Perkataan ini telah ditiru pakai oleh Orang Inggeris sejak sekian lama nenek moyang kita menggunakan bahasa ini yang dipercayai ditutur semenjak zaman kegemilangan Puteri Saadong adanya. Dalam Bahasa Inggeris ia disebut sebagai " Corner Lay Pair" yang membawa maksud dalam terjemahan bebas atau kasarnya membelok secara 'brutal' ketika mengambil selekoh yang tajam.
K79. KONA BARING: Memandu kenderaan spt basikal. motosikal atau kereta ketika melalui selekoh yang tajam, ia dipandu dgn teramat laju sekali. Ia dipercayai berasal dari perbuatan beberepa orang remaja nakal Melayu pada zaman dahulu, yang menaiki basikal, apabila membelok mereka membaringkan badan aras pelana dan "Geghe" basikal. Kini ia menjadi minat Mat Rempit. Tidak sempurna Rempit andai tidak berbaring ketika ambil selekoh tajam dan masuk ICU selepas itu.
K80. KOKSIR 1: Tak tentu hala. Contoh: Jange tohok pitih bonus hak Kerajaan BN bagi tu. Lamo ke wak belanjo KOKSIR.
K81. KOKSIR 2. Meraban atau Sepel Kedereng. Contoh: KOKSIR mu Mek Na, ada ka tergamak nya naik pokok jambu pakai kain tak pakai seluar dale. Tok Imam bagi duit 50 Sen kat mu mesti ada sebab. Dia malu tgk org tina besar ada hobi pelek serupa mu.
K82. KOKSIR 3: Merata-rata. Contoh: Mu jange buang sampah ni KOKSIR deh. Jaga kebersihan alam sekitar kita.
K83. KKECEK KKIGHO: Berunding secara aman atau Berbincang secara baik lagi berilmiah. Contoh ayat: Kena panggil set-set cerdik sikit dok dalam J/Kuasa Kelab Bahasa baku Dato' Muhammad Zaidi kita ni, baru sedap wak KKECEK KKIRO, jeligha molek kata org tua.
K84. KLEWANG/KLEWE: Sejenis senjata tradisional masyarakat kelantan, atas dari parang, bawah sikit dari Pedang. Biasanya hujungnya direka bentuk bercabang. KLEWE juga memberi imej tersendiri kepada pemiliknya terutama orang Gedebe zaman lampau. Contoh: Jika Dato' ketua Mudir nak tahu BREHIM KLEWE Gunong Bachok tu anak beranak ambo lagi. Muga kena mengena dengan Arwah Cikgu Him Bukit Abal tu gak.
K85. KKELLE: Kkele=mengkelan......make nasik takdok air minum, make plok jjelaark...kkele la wey.
K86. KENALENG: Ia adalah suatu kosa kata yang melibatkan perasaan atau fenomena emosi seseorang yang dicetus dan diimplikasikan dari natijah refleksi hati nurani. Contoh ayat: Abe Soh tak leh tengok oghe tino comel lau depan mata dia, mula KENALENG selalu. Nya maghi habih buah Ghaa dan Seghiaa bulu ghoma dia tu.
K87. KKENAE: Berkenan. Contoh: Haji Jusoh tu KKENAE benar ko Fatimah anak Hashim Limah tu. Hajat hati dia nak buat menantu. Dia nak pelago dgn anak jate dia hak khijo sedak Kuala Lumpur tu.
K88. KACAN/KACCHERR: Usaha dengan bersungguh-sungguh.
K89. KERABAK/KHABAK 1: Panjat atau memanjat sambil memeluk. Contoh: Dia ghukah pokok jambu tu sambil KHABAK kat batang pokok tu.
K90. KERABAK/KHABAK 2: Memeluk kerana rasa takut. Contoh: Tania kalu tengok serita hantu gak, bila tiba bab suspen seram tu, dia KHABAK selalu ko Abe Macho dia kat umah tu.
K91. KERABAK/KHABAK 3. Juga membawa interpretasi untuk Adam & Hawa yang melangkah ke ranjang asmara. Contoh: Joe Jumanji telah lama tak balik Malaysia. Dia kena masuk Hutan Kalimantan selama sebulan lebih. Pagi tadi sampai jer kat umah, terus KHABAK atas bini; stokin pun tak sempat nak buka.
K92. KKOLEH POKK PE'H: Kucar Lanar.
K93. KEMAMA: Mamai. Cth : Ambo KEMAMA bilo bangun tido... Nok masuk tandas tapi gi buko pintu stor.
K94. KALBOK: Sejenis bahan binaan untuk membina parit atau longkang (Bahasa Inggerisnya: "Culvert").
K95: KEGHEK 1: Sejenis bahan binaan untuk buat perigi.
K96. KEGHEK 2. Pengikat bahan untuk membuat kuih iaitu NISSE.
K97. KERLING/KHELING: menjengkilakn biji mata atau melihat secara sinis akan sesuatu yg tidak digemari.
K98. KHEPOK: Keropok.
K99. KOYOK: Kupas, kopek atau koyak.
K100. KKIDAH: tak sepakat,tak sebulu,berbeza pendapat,berlawanan atau kontra.
K101. KKATOP: Tertutup.
K102. KKETOK: Bengkak (Khusus untuk Bengkak Mata sewaktu bangun tidor). Dalam suasana biasa perkataan "bekork' akan digunakan untuk perkataan bengkak tadi.
K103. KETOK: Palu, pukul atau pukul.
K104. KUONG: Badi.
K105. KEDIAN/KEDIYE: Kemudian atau terkemudian (Selepas itu).
K106. KAMKAE': Pengadil, Referee. Biasanya digunakan istilah ini utk pengadil dalam sukan Gusti atau Tomoi.
K107. KOCEL: Kocel nih tak sempurna tumbesarannya,kecik,kocel betih,betih kecik.
K108. KOKOT 1: Kata perbuatan yang mengambil sesuatu dari dasar contohnya KOKOT lumut di Keghek Telaga.
K109. KOKOT 2: Kata perumpamaan untuk perbuatan tamak dan haloba. Contoh: Nya KOKOT habih harta ssako ko dio soghe.
K110. KIKIH 1: Kata perbuatan yang mewakili penyucian peringkat serius contohnya KIKIH kesan arang di bawah periuk atau kuali.
K111. KIKIH 2: Kata Perumpamaan untuk sifat mengecek atau menggoda seperti istilah pisau cukur dsb. Contoh: Habih harta Abe Samad nya KIKIH bini dia oghe alik siye tu.
K112. KEBOH: Reda dari demam.
K113. KEKOH: Gigit.
K114. KKEKOH: bergaduh atau berkelahi atau berseteru tahap gaban.
K115. KEBAAH: Kibas atau membuat gerakan seperti 'ayak' padi dalam 'bade'. Aktiviti KEBAAH kain selimut contohnya dilakukan biasanya dalam ruang yang agak terbuka dan memiliki kuasa peredaran udara yang tinggi.
K116. KEPEK' (Sebutan hujungnya disengaukan sedikit): Bermaksud tak mancung. Contoh: Hidung KEPEK'. Bermakna Hidung tak mancung.
K117. KEPEK. (Sebutan hujungnya TIDAK disengaukan - sebut biasa2 saja): Bermaksud kurang angin atau Kempis. Contoh: Zack, kawe tengok tayar basikaa demo KEPEH serupo tak cukup angin jah. Kena gi PONG selalu.
K118. KECEK: Menipu/Tipu atau Mempengaruhi atau mengikis harta. Contoh 1: Dollah dok KECEK harta Mek Nah jah tu.
K119. KENA KECEK: Kena Tipu, dipengaruhi oleh penipuan atau dikikis hartanya. Contoh: Habis duit Mekan KENA KECEK kat Dollah.
K120. KELIK BAIK: Rujuk Kembali. Biasanya pasangan suami isteri yang dah 'clash' akhirnya mengambil jalan bersatu semula dikenali dgn istilah KELIK BAIK dalam Bahasa baku Kelantan. Maknanya berbaik-baik dan balik ke rumah bersama semula.
K121. KOGHA: Conteng.
K122. KKOGHA: Terconteng.
K123. KERAS/KEGHAH: 1) Keras. Contoh:Keghah batu tu weh, jatuh gak pecah ppalo la. 2) Kuat/Gagah: KEGHAH SEMANGAT budak ni, setakat likung 3-4 oghe, tak laghi dia. 3) Kawasan Berhantu/Misteri: KEGHAH tu kawasan Bukit Terni tu, ramai dah oghe lalu lalang jumpa.
K124. KKEJUT: Terkejut atau Terperanjat. KKEJUT KAA: Terperanjat tahap gaban, juga disebut sebagai TERKEJUT BEWAK.
K125. KEGHAH PEDAA/KERAS PEDAL: Degil tahap gaban. Ia adalah kata perumpamaan dari Kitab Bahasa Baku Kelantan bahagian Kata Bidalan. Orang yang amat sukar menerima kata nasihat dan kaunseling.
K126. KEGHAH LIDAH/KERAS LIDAH: Susah nak mengaji Quran (Kata Bidalan). Kanak-kanak yg lambat bercakap (Kata sifat).
K127. KEMAH KEMING TAK DEGIH: Kata perumpamaan yg bermaksud Mantap Pendirian atau sesuatu yang Sejati murni lagi tulin.
K128. KEMAH KEMING: Kemas rapi terpatri.
K129. KEMAH: Kemas.
K130. KKEMAH: Mencerap atau memastikan agar lebih realiti. Contoh: Demo KKEMAH molek janji dgn Abe Din tu, takut tak jadi.
K131. KABURETOR: Satu lagi perkataan Baku kelantan yang telah di"Inggeris"kan menjadi Carburetor. Yang membawa maksud satu kompenen penting dalam kenderaan berenjin. Ia berfungsi sebagai injap pengepam udara ke dalam enjin dalam proses pembakaran bahanapi hasil tindakan aci sesondol enjin.
K132. KELIP PAH: Ia adalah kata terbitan dari perbuatan tidak mahu tidor atau susah mahu tidor di malam hari. Contoh: Tak cekak nak guling dah kawe, jenegha paghok male tadi, tapi Mat Ju Samad, tak leh tido sapa ceghoh, dok kelip pah - kelip pah soghe dale gelap.
K133. KKEDUH: Tersinggung atau terguris hati. Contoh: Mak Aji "KKEDUH" sikit tu, sebab anak bongsu dia tak balik raya tahun ni.
K134. KOIL: Coil (Automotive Engineering Technical Term)
K135. KELAAH 1: Kelas atau bilik darjah atau bilik tusiyen.
K136. KELAAH 2: Clutch (Automotive Engineering Technical Term).
K137. KELAAH 3: Kata penghargaan atau pujian tahap gaban. Contoh: Kemah molek pakaian Dato' Mudir pagi ni. Memang KELAAH boss kita kalu bab jaga personaliti. Huraian: KELAAH di sini bermaksud "high class" atau "elit category".
K138. KEHEK: Mengeluarkan sesuatu dari dalam mulut.
K139. KHAWAT: Dawai Besi. Biasanya digunakan oleh masyarakat Melayu Kelantan utk kegunaan seharian serta utk buat pagar bagi Khawat Ddughi.
K140. KKOGHE: Kukur Kelapa tradisi; ia diperbuat daripada kayu seperti kerusi kecil di mana hujung kepalanya dipasang peralatan untuk kukur kelapa (drp besi).
K141. KUDO 1: Kuda (Sejenis binatang berkaki 4 - Horse).
K142. KUDO 2: Sejenis perbuatan dalam permainan bolasepak atau takraw. Contoh 1: Keeper Johor suka KUDO bola tiap kalai dia ghigak bola. Contoh 2: Pasukan Thailand dah lama guna teknik Servis KUDO.
K143. KKUDO: Sejenis kerusi biasanya diperbuat dari kayu atau buluh yang digunakan oleh masyarakat melayu kelantan tradisi. Sifat kekerusiannya tidak termaktub kepada saiz kelebaran serta poanjang. Ia bergantung kepada tukang yang membuatnya.
K144. KEMESEK @ MMESEK WEK (Sebutan sedikit sengau): Terlalu mudah atau senang. Juga dikenali dalam bahasa moden sebagai senang kacang.
K145.KEGHAH COKENG: Keras Tegang Mencanak.
K146.KEGHAH KHEKONG: Teramat Keras biasanya digunakan untuk kata sifat benda yg biasanya lembut tetapi menjadi keras akibat salah proses atau tahap penyimpanan yg terlalu lama dsb. Contoh: Daging Lembu hak Pak Mat goreng tadi KEGHAH KHEKONG. Tak leh make ambo.
K147. KHENARK: Asal dari perkataan Khianat menjurus kepada perlambangan kata sifat MENGKHIANATI, MENGINAYA. Ia juga dugunakan untuk tata senda gurau dalam berbahasa i.e. "KHENAT MU NI, SOKMO GUGHAA LAGU TU, MALU AMBO". KHENARK disisni mulai melambangkan Nakal demo. Sekian.
K148: KESIK/KESIT: Sunyi & Sepi. Terlalu sunyi seolah2 tiada bintang yg bekerlipan di langit yg biru. Tiada teman utk berkata-kata dan bersnda gurau.

MKR

No comments: