BIJAN

BIJAN
MKR with YAB Dato' Sri Najib

Monday, October 18, 2010

J - BAHASA BAKU KELANTAN

J1: JELUAK:Membawa maksud yang berbeza mengikut konteks ayat.muok dengan makanan,muok dengan perangai,muok dengan perkhidmatan dan muok dengan kerenah serta perangai.
J2: JETTARK (1): Kata nama perbuatan yg bermaksud sesuatu pergerakan anggota yang secara tiba-tiba tanpa dapat dikawal naik ke atas atau bingkas .Contohnya kaki dan tangan.Contoh ayat.Kaki En Ahmad tiba-tiba JETARK setelah Doktor mengetuk kepala lututnya.
J3: JETARK (2): Kata sifat yang menggambarkan keadaan sesuatu benda itu dalam keadaan berceracak dan menunjuk ke langit.Contoh ayat.Cikgu Azman minat fesyen rambut Jeetak.
J4: JETARK (3): Juga sering digunakan sebagai penguat maksud. Contoh ayat: SMART JETARK Cikgu Bidin hari ni, sebab ada Cikgu Tino baghu mari sekolah kita. (JETARK di sini melambangkan TERLALU HANDSOME).
J5: JJAWA:adalah kata nama sifat yang menggambarkan perasaan jauh hati,kecewa,malu,tak sanggup bertentang mata,membawa diri dan rasa rendah diri.Asalnya pada zaman dahulu apabila seseorang itu melakukan kesilapan yg memalukan atau tersilap atau cinta tak berbalas,melakukan sesuatu kesilapan yg tak sepatutnya terhadap kawan atau sahabat,seperti tikam belakang atau membelot maka mereka akan membawa diri jauh dari orang yg mereka telah melakukan kesilapan atau berhajat bila bertemu atau berselisih,maka kata2 guarauan yg dikeluarkan adalah oleh demo nih jauh teh meh-meh duk di Jawa ke.kerana pada zaman dahulu orang-orang Kelantan telah tahu akan kewujudan kerajaan Jawa.Melalui peredaran masa perkataan ini telah berkembang menjadi satu kata nama sifat,JJawa.Kata lain yang membawa maksud yang hampir sama atau lebih ringan sifatnya dari Jjawa ialah MMERCOK. Sebelum Jjawa biasanya seseorang itu akan Mmecok dulu dan maksud Mmecok adalah kecewa,tidak puas hati,tidak dapat apa yg dihajatkan dan gagal dalam mendapat apa yg diingini.walaubagaimanapun dalam sesetengah keadaan ianya membawa maksud yg hampir sama.
J6: JABIR ROKRAT:Bermaksud beg plastic yang sering digunakan dipasaraya atau kedai runcit untuk membungkus makanan yang dibeli.
J7: JAJARK: Maksudnya ronda satu tempat ke satu tempat. Contoh ayat: Kuat jajak teh.. abis segenap cerok nye gi melawat.. tok leh menang lagi tak tau le.
J8: JELORK: Bermaksud pukul curi. Contoh ayat: Dia de lagi nya “JELORK” gi katak Budin masa Budin tgh kencing atas batas tadi.
J9: JILAT COK: Kata imbalan atau bidalan yang memberi interpretasi "Merbahaya" tahap gaban. Contoh: Nasib baik Awie tak lalu jale kot tepi kubor tu male tadi, sebab tanah runtuh situ, kalu dia lalu dgn motor tak dak lapu dia tu, JILAT COK lah dia.
J10: JURING: a) Bucu atau penjuru. Contohnya Juring Meja. B) Sepotong atau sehiris buah dsb.
J11: JANGOK: Lawa/Cantik. Contoh ayat: JANGOK anak dara Pak Mat tu. Serupo dgn artis Hindustan.
J12: JJANGOK: Menghias diri. Contoh ayat: Demo tunggu semeta deh, kawe nak JJANGOK dulu. Mugo nak gi tepat oghe bekwah kena paka lawa-lawa sikit.
J13: JELIGHO: Maksudnya Berselera yang teramat sangat. Contoh ayat: Jeligho molek dia bila make ambo suap, lps tu dok atas ribo lagi. Buke main manjo lagi dia.
J14: JIHO: Imej. Contoh ayat: Dia sokmo-sokmo pakai smart gi kelas sebab nak jaga JIHO, dia ke anak Tok Ngulu.
J15: JU’NGA: Bermaksud hulurkan tangan panjang-panjang. Sebutannya agak sengau di hujung perkataan dgn sedikit Idgham. Contoh ayat: Kalu abe Ju’nga tak sampai, abe minta tolong kita ambik lauk ayam percik ni.
J16: JENEGHO: Tertidor dengan lena/Tidor. Contoh ayat: Guano Paksu Halim buleh JENEGHA atas surau pagi ni.
J17: JERELUS: Jerlus atau terjatuh. Contoh: Abe Mat jerelus dale char cemar cepolok abih.
J18: JEMBHO: Mari Jumpa atau Datang Mengadap atau Datang untuk berbincang. Contoh: Tak dok hak agah puak2 PAS nyo. DUN Galas ni nak maghi JEMBHOK kira dgn sapo? Sebab lepas PRU mulo gak Tok Wakil PAS dok dale hospital jah. Tak pernah rasa hasil nikmat bantuan dia.
J19: JERIH: Hasil Usaha. Contoh: Penat JERIH Mat Din guling bating buat padi akhirnya berhasil bila semua padi tanamannya menjadi hasil bantuan KADA dan Kerajaan BN. Harap ko puak PAS, dia tahu hanya ceramah maki hamun sesama Islam jah.
J20: JENGG: Berasal dari perkataan Inggeris “jammed”. Popular digunakan untuk maksud “hyper stress” atau “berserabut”. Dalam situasi tertentu Jengg mewakili kondisi ‘tak leh nok gi doh kawe’. Contoh ayat: Puas dah kawe mikir, tak tahu cagho mano nak selesai masalah tu; “JENGG” dah otak kawe nak mikir.
J21:JEGHIK: Bermaksud menangis sambil mengeluarkan suara yang kuat seperti meraung atau menjerit. Contoh ayat: Kuat “JEGHIK” anak Hashim tu tadi sampai hilang suara.
J22: JARK: Sejak. Contoh ayat: Aku dok perati, Munirah tu “JARK” tadi dok senyum kat Dato’ Ketua Mudir kita. Mungkin dia minat kot, mugo Dato’ kita ni handsome.
J23: JEMERUK/JEMEGHUK: Banyak ‘event’ atau ‘benda’ dalam satu-satu masa yang perlu kita hadir atau ‘handle’. Contoh ayat: “JEMEGHUK” molek PRK DUN Galas dengan budak cuti sekolah. Keno pulork musim oghe naik Haji.
J24: JEMBHOK KIGHO: berunding. Contoh ayat: Ramai belah keluarga Pak Usin maghi nak JEMBHOK KIGHO nak damai lah. Muga kes budak-budak baloh, kita oghe tua hak sepatutnya selesai cara molek.
J25: JEBAAK: Maksudnya Bau Badan. Contoh ayat: Mat Zain tak leh duduk sebelah Azmin Ali, sebab tak tahan Bau JEBAAK dia.
J26: JJURUH/JJUGHUH: Baik, Berbudi Bahasa, Bersopan Santun, Kuat Beragama. Contoh ayat: Suko hati Hajjah Limah Kedai Payung tu sebab dia boleh menantu JUGHUH. Rajin wak khijo rumoh, baik budi bahasa, pendek kata, sakit demam mak mertua dia jago semua.
J27: JAMBE (1): Tandas. Contoh ayat: Demo dok semeta Mat, kawe nak gi JAMBE sekejap.
J28: JAMBE (2): Punggung. Contoh ayat: Mu ni gak nakal sungguh. Nghehi tengok JAMBE oghe tino lalu kot tepi pasar.
J29: JAGHI: Jari. Contoh: Mek tengok JAGHI ambo ni, rasa sakit terkepit pitu tadi.
J30: JEGHAAK: Tikam. Contoh ayat: Kawe tengok Bidin ambik pisa je tadi, de nya JEGHAAK perut Jusoh masa tengah dok kecek kigho. Baso budak nak make nasi dalam gok.
J31: JELUAAH: Meleleh. Contoh: Mu gi kesak hingus tu. JELUAAH molek.
J32: JONG: Buat. Contoh ayat: Oghe lain hak buleh nama, Mu JONG kheja.
J33: JERAN: Tanaka tau Rebus. Contoh ayat: Abe Rahim rajin sengoti. Pagi-pagi lagi JERAN air, untuk mandikan Ibu Beghitik kesygn dia kat umah tu.
J34: JERKOH: Jerkah / Herdik Cth : Hari tu Dato' Ketua Mudir buat ayat dengan Perkataan NNAPAA JEPUN, NAPAA KOREA, semua kecut perut. Belum Dato' JERKOH lagi tu. Agaknya kalu Dato' Ketua Mudir Batuk, ramai la anak murid terkencing dlm kelas lps ni.
J35. JEMBING: Bimbit benda-benda kecil dan ringan. Contoh ayat: Comel Plastik Beg hak Mekan JEMBING tu. Biarlah kecik dan ringan, tapi menarik sebab ada logo Bola Kelate.
J36. JEMOGHE: Pelantar dapur belakang rumah tempat orang dulu-dulu basuh kain kadang-kadang buat mandi ala kadar isi air dalam tempayan. Contoh ayat: Tok Ali male tadi jenegha buleh atas JEMOGHE umah dia. Mungkin sebab panas telajok dok dale umah.
J37. JELEPEK: Letih tidak bermaya. Contoh: Kojack JELEPEK male ni kena khejong ko ibu beghitik dia deghumah basuh kain 3 besen penuh.
J38. JUNJUNG: Letak atas kepala. Contoh: Tok Peraih zame dulu2 gak JUNJUNG bade atas ppalo tubik nego nasi dage di pasa tere.
J39. JONG KAKO: Penanggah atau AJK bertugas mengangkat makan dan minum sewaktu kenduri atau BEKWAH.
J40. JANGE WAT KOKSEY: Jangan buat sebarangan. Contoh: Mu jange WAT KOTSEY anak tino oghe tu, lamo ke kena rotan 7 kali ata belake tu.
J41. JJELIK: Tersedak atau terbelahak. Contoh: Mat Yung tadi JJELIK air masa minum tadi.
J42. JJELAAK: Terlekat makanan smpai meroh mato.
J43. JJENUNG: Merajuk. Contoh: Tak leh selleh' sikit ghabok nah Mek Ja tu, silap ghoyak jah JJENUNG selalu.
J44. JJABAK TANGE: Bersalam. Contoh: Kita oghe Melayu kena jaga tatasusila, kalu jupo saing sahabat kita hendaklah JJABAK TANGE tanda persahabatan.
J45. JJABAK: Berselingkuh atau melakukan persetubuhan haram.
J46. JIRIK/JIGHEK: Pijak.
J47. JJOKER: Penjuru/Bucu/Tepi/Hujung
J48. JJEGHONG: Penjuru/Bucu/Tepi/Hujung
J49. JEMBEGHE: Menyeberangi atau Melintasi. Contoh: Pagi-pagi lagi Nik JEMBEGHE Sungai Golok gi caghi Aye Katik nak masuk tanding minggu depe.
J50. JOLOR : Betul lah apa yang diungkapkan.
J51. JJOLOR: terjulur atau Terjuntai.
J52. JOLOK 1: Cucuk.
J53. JOLOK 2: Kait contoh: JOLOK Buah jambu.
J54. JJIJOK ANGIN: Sependapat, Ngam, Terlalu amat bersetuju dgn seseorang. Satu aliran pemikiran, hobi, makanan, dsb.
J55. JJEBOK 1: Berbuih. (Jebokk: Buih)Ia adalah kata sifat dalam proses biologi dan fenomena alam semulajadi. Ia juga terjadi akibat penyakit mahu pun tragedi atau refleksi tindakbalas kimia juga sebagai penanda aras tahap kesriusannya. Contoh 1: Mat Ju Bbuat tadi tu, JJEBOK habih mulut2. Contoh 2: Geng-geng Nalerk Estet Khelor tu mabuk samsu dah, JJEBOK habih mulut. Contoh 3: JJEBOK darah tubik dari mulut dia.
J56. JEBOK 2: Sejenis alat untuk tahan burung jugak, tp hok ni ado "denok"...fungsi denok untuk menarik perhatian burung lain supaya masuk dale JEBOK
J57. JARI SEPULOH: Kata beradat memohon sejuta kemaafan demi melestarikan kesantunan budi Melayu Kelantan. Contoh: Ambo menyusun jari sepuloh mohon kemaafan kekanda Zariman, andai terbetik setitis cemar kata bahasa ambo.
J58. JENOK: Lena. Cth : Ambo ni tokleh tido male takdi. Baghu acu nok jenok, doh pagi...keno bangun la pulok.
J59. JADI: 1) Confirm atau betul. Contoh: Kawe JADI nak gi stadium male ni. 2) Memegang jawatan: Demo JADI gapo dalam Persatuan Penduduk Kg Dusun tu?. 3) Memegang watak: Demo JADI gapo dalam drama tu? 4) Maka: Kalu dia tak nak gi, JADI kawe kena ganti la?
J60. JJADI: Menjadi. Contoh: Andai semua percubaan dari player Kelantan malam tu JJADI, maka Kelantan boleh benner 6-1 Final Piala Malaysia.
J61. JO-ONG: Telah dipertuturkan dari zaman ke zaman, perkataan JO-ONG ini berasal dari bahasa Korea Kuno, dimana setiap kali mendung atau redup menandakan ribut atau hujan lebat akan turun, maka sejenis makhluk halus yg org melayu panggil hantu dinamakan "JO-ON" akan berterbangan. Akan tetapi, dalam bahasa baku kelantan JO-ONG membawa maksud mendung atau keredupan cuaca pada tahap gaban seringkali pula bersinonim dgn musim tengkujuh. Kata perumpamaan "JO-ONG" pula memberi interpretasi air muka individu yg MMECAK, NNGAJU, MERAJUK atau JJAWA.
J62. JJIWA: Jiwang atau Tangkap Cintan. Kata Bahasa Baku Kelantan dari Bahagian Kaunseling menyatakan JJIWA adalah suatu tindakbalas spontan dari melankolik rasa sanubari merentap halusinasi yang berseni. Sebab itulah insan yg sedang "JJIWA" atau sdg mabuk cinta dsb, sanggup bercakap dgn gambar.
J63. JJENUNG: Merajuk tahap gaban. Sama spesis dari kumpulan JJAWA, MMERCAK, NGAJU dsb.
J64. JAWI 1: Bahasa Tulisan Melayu lama berasal usul dari Bahasa Arab.Contoh: Tulisan JAWI.
J65. JAWI 2: Melayu. Contoh: Tanah ini adalah Tanah JAWI. Bukan tanah Jawa.
J66. JJAWI: Berkhatan.
J67. JJEPUT 1: Sejenis kuih dari gandum yg popular di Utara Semenanjung Malaysia sebagai "CEKODOK". JJEPUT paling enak dimakan waktu sarapan atau minum petang.
J68. JJEPUT 2: Dalam loghat Patani Lama ia bermaksud Proses Kerahan Tenaga Sebagai Tentera di Thailand. JJEPUT bermaksud kerahan tenaga, i.e. jadi soldadu dalam tentera Thai secara wajib untuk tempoh tertentu, sperti PLKN di Malaysia.
J69. JEBO: Sejenis botol atau balang yg diperbuat daripada kaca. Saiznya besar sedikit berbanding botol kaca "Coke" biasa tu. Suatu ketika dahulu ia cukup popular untuk pengisian Biskut dsb. JEBO juga diperkenalkan di tengah masyarakt dgn pelbagai saiz. Namun menerusi perkembangan teknologi, ia jarag diguna pakai. Namun kita masih temuinya dikedai runcit tradisi apek.
J70. JENEGHA: Lena atau Tidor.

MKR

No comments: