BIJAN

BIJAN
MKR with YAB Dato' Sri Najib

Monday, October 18, 2010

H - BAHASA BAKU KELANTAN

H1: HUJUNG SELEBI: Bahagian celah punggung antara pusat dan lutut. Contoh ayat: Pesan Tok Guru Haji Daud tadi, kalu kita Mandi Junub, air mesti sampai hinggu ke HUJUNG SELEBI.
H2: HAPORK KOHONG: Bau yang teramat busuk. Contoh: Masuk bilik Amin bau HAPORK KOHONG. Buleh dia tidor bangun dalam bilik tu.
H3: HIDUNG MAPUH: Tak peka kepada pencemaran bau. Contoh: Demo ni tergamak nya buwe sapoh belake ghumah jah, tak kambus atau bakar. HIDUNG MAPUUH bukali.
H4: HABIH: Habis. Contoh ayat: Milah, beras kat dapur HABIH doh.
H5: HABIS GHENG (1) :Membawa makna “sedaya upaya” atau “sepenuh daya” atau “sekuat hati” bergantung kepada ayat.Contoh 1: Pasukan bola “The Green Billions” telah mencuba “HABIS GHENG” untuk menang, tetapi apakan daya duit ‘bookie’ judi juga yang berjaya.
H6: HABIH GHENG (2): Membawa maksud bersungguh-sungguh. Contoh 2: Hamid telah mencuba HABIS GHENG untuk mengejar lembu jantan milik ayahnya, namun beliau gagal setelah ternampak Datin Sue melintas dengan BMW di seberang jalan.
H7: HABIH GHENG (3): Membawa maksud “amat kuat”. Contoh 3: Abe Rahim ketawa “HABIS RENG” bila melihat cawat Arif Fahmi terlondeh di tepi padang bola semalam.
H8: HABIIH (1): Habis. Contoh ayat: Dia make kuih ghayo tu sapa HABIIH licing.
H9: HABIIH (2): Tamat. Contoh ayat: HABIIH dah cerita P. Ramlee sakni?
H10: HABIIH (3): Alamak! Contoh: HABIIH set-set kita, geger sangat dalam kelas, mesti cikgu bawa rotan. Mat Jack la ppalo pengat ni.
H11: HATU: Hantu. Contoh: Mu jale molek kot Tepi Sungai tu, banyak HATU ghayo situ.
H12: HUMBE: Humban. Contoh: Aku tengok Jali HUMBE guni beras tu dalam sungai tadi masa UPP sapa.
H13: HMANJANGE: Pelamin. Contoh ayat: Abe Rahim rasa nak naik HMAJANGE semula bila tengok pengantin baru dok sanding tu.
H14. HATUK PPALO DINDING: kata Bidalan yang merenjiskan interpretasi hampa tahap gaban atau pun klimaks kepada frustasi. Contoh: 'hatuk ppalo dinding' ni dah sampai peringkat hilang akal ni....kalau tk leh projek ni harus samapai kena 'hatuk pala dinding'...hahahaha
H15. HALOR. Harimau jadian
H16. HUNGGA: Berlari.
H17. HACING: Hancing. Contoh: Hacing bau air kecing sapo la ni...
H18. HAA (Sebutan sdikit sengau): Bermaksud "Ya" atau "Yes".
H19: HAA MARI: Ya Datang.
MKR

No comments: