MKR BERSAMA YAB DATO' SRI NAJIB TUN RAZAK, PERDANA MENTERI MALAYSIA

Monday, October 18, 2010

G - BAHASA BAKU KELANTAN

G1: GHATE:Ghate/Ratang adalah kata nama perbuatan yang bermaksud persepakatan untuk melakukan sesuatu secara ramai-ramai atau berkumpulan dan biasanya dilakukan demi untuk mencapai matlamat yang sama. Ada juga Ghate/Ratang yang boleh membawa maksud perbuatan yang negatif,contohnya dalam perbalahan atau pergaduhan dan membawa maksud melakukan sesuatu dengan tidak adil dan berat sebelah.
Ghatang/Rate juga boleh membawa maksud kata nama tanya,soalan dan biasanya nenunjukkan tempat atau di mana sesuatu kejadian itu berlaku.Contoh ayat.Mat,acu mung royak ghate/ratang mano ggak pat kedai pelayan hok ssohor tuh?
G2: GELECOH:adalah ianya kata nama perbuatan yang membawa maksud,tersasar,tidak mengikut jalan yang betul,lari dari matlamat dan tujuan asal,tidak mengikut kelaziman dan selalunya membawa konotasi negatif dan hendaklah dielakkan.Contoh 1: Perkhidmatan Ekspress Malam dari Gemas ke Tumpat Mengalami kelewatan kerana GELECOH rel di Merapoh.Contoh 2: .Datin Hamimah hendaklah berhati-hati semasa menaiki tangga bergerak di The Mall dengan berkasut tumit tinggi takut-takut GELECOH dan bulih menyebabkan ssaloh buku lali.Contoh 3: Mula-mula ggurau lamo-lamo takut Gelecoh jjadi mugo lain.Contoh 4: Majlis Makan Malam Paghak World pada asalnya hanyalah majlis Ramah mesra dan sambutan Hari Raya tetapi entah macam mana GELECOH sehingga menjadi majlis Politik.
G3: GELULONG:Nampaknya pelajar semua hanya memfokuskan kepada satu maksud sahaja,iaitu bergulung ataupun tidak rata.Contoh ayat: Acu buka gak sikit hujung tikar tu.. dok gelulong lagi tuh. Takuk ssepak ke, jatuh belebok, bekok beking habih ppalo lutut tu.Sebenarnya antara maksud gelulong selain daripada yg kita semua sedia maklum adalah lapar yang amat sangat seperti kebuluran ataupun sakit perut yang amat sangat.Maksud perkataan gelulong ini digunakan untuk menggambarkan keadaan di mana oleh kerana terlalu lapar badan sesorang itu akan membongkok menahan lapar dan seumpama bergulung,maka lahirlah perkataan gelulung ini.Contoh ayat: Ahmad terasa amat sakit sehinggakan gelulong selepas memakan cendol mamak di ss17 itu.
G4: GHOYAK: Beritahu. Contoh ayat: Bakpo demo tak GHOYAK kat Mat Hack nak gi Tanah Merah. Kalu tidak dia tunggu demo.
G5: GOGOH: benda@alat perikanan hok pesen igat iker d sungai.dbuat dari buluh dan d ikat ngan rotang.ayat : pok umaR igat iker sungai ngan guna gogoh,tetapi malang nasibnya kerana saWo yang masuk.
G6: GELEPAR: Bermaksud meronta-ronta,dalam keadaan yg cukup dasyat,hilang punca dan arah,dalam keadaan tercunggap-cunggap ,nazak semasa nak habis umur bagi binatang ternakan yg disembelih. Contoh Ayat: Nurul terlalu inginkan Aiskrim yg dijual di Kedai 24 jam itu. Dia telah merayu meminta bapanya membelikan untuknya. Jika tidak dipedulikan, dia sanggup menangis dan meronta hingga "GELEPAR" dodeng-dodeng "geger" satu ghumah!
G7: GEGER: Bising. Contoh ayat: Mu jange GEGER dale kelas ni, nanti Abe Roslan denda.GEGER REGOK membawa maksud Bising tahap gaban, atau dalam kendalian kata biasan ia bermaksud Jangan bising-bising atau jgn beritahu orang lain.
G8: GHERSENG: Maksudnya Berserabai. Contoh ayat: Gherseng moleh rambut dia.. baru bangun tido bokali.. supa ibu ayae ngeram jah.
G9:GELELUK: Maksudnya bengkang bengkuk: Contoh ayat: Mimah gak geleluk lidoh lidoh kecek ore putih.
G10: GGOGET: Bergoyang atau tidak kukuh ikatan. Contoh: Guano GGOGET kuat tiang jemoghe ni adik?
G11. GGOLEK: TERGULING. Contoh ayat: Jangan duduk atas kerusi buruk tu.. dah ggoget tak lekat unjap,,nanti demo jatuh terggolek.
G12: GERAMAN: Idaman. Contoh ayat: Senah jadi geraman budok2 mudo kg dio..padahal dio janda ank limo....nyo maka gapo..
G13: GEDUK: BEDUK. Contoh ayat: Katok la gedut tu, masuk waktu isyak dah ni.. Dato mudir suruh tok nawang katok gedut d surau.
G14: GHEPORK GHACHENG: Riuh Rendah. Contoh: Kuat bunyi GHEPORK GHACHENG alik Ulu Keda Piah tu, ada Januaghi bokali.
G15: GUPPAL:Ramas atau Riyukkan: Cth ayat: Nik Husin GUPPAL surat khabar hak siar tentang PRU GALAS. Dia pening dok mikir lagu mano lagi nak belawok kat pengundi DUN GALAS pasal 4 Billion sdgkan tiap kali ceramah, Nik Husin boleh separuh dari hasil kutipan.
G17: GALAAH: Pikul. Contoh: Mat cuba mu ambik guni gula tu letak atas belake aku ni, aku nak GALAH wak balik deghumah.
G18: GENDONG: GENDONG juga berasal dari Patani Lama. Ia menunjukkan kata sifat seseorang MEMBONCENG atau MENAIKI basikal/motosikal. Contoh ayat: Mek Yam mari sekolah dengan sapo tadi? Halim gendong dia pagi tadi. Kelas Mek Yam dapat naik Motsoikal baghu Halim.
G19: GHEEDI: Mu gi dok gheedi dia sampai kedalam kain tuu bakpo yae..aku tak hairan kalu dia tipas kepala mu.
G20: GEDIN GELIAT: Bermalas-malas atau berehat. Contoh ayat:Sedap weh dok main gedin geliat gini.. Belan2 tgu semaye isya.
G21: GOCCOH: Bertumbuk/Berkelahi. Contoh: Kita walau tak serupa parti pun jange sapa tahap balah GOCCOH. Kena sabar anak buah masing2. GOCOH: Tumbuk.
G22: GROBORK/GHOBORK: Almari.Contoh: Ambik kain dalam GHOBORK tu, nak lipat semula.
G23: GHEBOH: Rebah. Contoh ayat: GHEBAH beleping kadir semale atas pade bola.
G24: GEDEBE: Samseng atau pun Penjahat. Contoh ayat: Dalam PKR ramai kaki GEDEBE tahi minyak. Sebab tu mesyuarat pemiliohan parti kita lihat majoritinya berjalan dengan iringan Kerusi dan Meja terbang, hingga ada yang masuk hospital.
G25: GHUKAH: Ia adalah kata sifat perbuatan yang memberi justifikasi makna PANJAT. Ia dipercayai kononnya berasal dari bahasa CONGO, yang dibawa balik oleh Tentera Melayu pada masa itu yg bertugas mengawal keamanan di bawah PBB.Contoh: Oghe lain malam Jumaat dok ghukah bini, Abe Je ambo dok Ghukah Tiang Letrik sebab ikat DEGHO dacing di DUN GALAS.
G26: GARLORK (1): Ianya adalah kata nama perbuatan yang bermaksud membuat sesuatu perkara untuk menghiburkan hati dengan berlebihan sehingga akhirnya boleh menyebabkan mereka yang berada di sekitar kita berasa tidak selesa. Perbuatan “Garlork” ini amat tidak manis sekiranya dilakukan oleh kaum perempuan terutamanya pelajar sekolah,menghabiskan masa dengan sia-sia juga membawa maksud yang sama. Begitu juga berhibur. Contoh ayat: GALORK Mat Min tu napok, habih satu kelas gegak gempita bila dia buat nakal tadi. Ada ka patut dia pakai “Underware” sebelah luar, seluar trek PJ sebelah dale, macam Superman.
G27. GARLOK (2): Untuk sebutan perkataan GARLOK tanpa menekankan hurf G yang di awal itu bermaksud,menyuruh atau merangsangkan.Contoh ayat: Kita kena garlok’ke anak2 muda belajar main gasing ni agar adat budaya tak pupus di telan zaman.
G28: GARLOK (3): Ia adalah kata nama sifat-marak,berterusan terbakar.semakin besar dan stabil.dan Galok ini juga membawa maksud pertumbuhan samada haiwan,pokok,tanam-tanaman ataupun anak kecil. Contoh ayat: Lepas guna baja padi sumbangan Kerajaan Barisan Nasional, hasil padi makin GARLOK tahun ni.
G28: GITU-MO: Berasal dari perkataan Inggeris “Give Too More” yang membawa maksud “Yang Terlalu Sangat” atau “Yang Teramat Sangat”. Contoh ayat: Takleh silap kecek sikit, demo ngajju “GITU-MO”. Tak malu kokghe ko?
G29: GOHED: Bermaksud maju ke depan. Dari perkataan Inggeris Go Ahead. Contoh ayat: Majid, cuba mu gohed sikit kheta Pak Da Hak kat depe sikit.
G30: GOSTAN: Undur ke belakang. Asal dari perkataan Inggeris “Go A Stand”. Contoh ayat: Kawe GOSTAN dah sakni kheta kawe hak dok tepi jale tu.
G31: GHERTOK: Dipercayai pada zaman pentadbiran British di Tanah Melayu banyak Jambatan untuk Jalan Darat dan Keretapi menggunakan bahan utama KAYU. Apabila kenderaan melalui jambatan tersebut ia akan mengeluarkan bunyi yg agak bising akibat hentakan kayu dan pelapiknya berbunyi Grrrrrrtaaakkkkkk....Maka lahirlah perkataan GHETOK hingga ke hari ini. Antara Ghetok yang paling awal dibina di Kelantan ialah GHETOK CABER, GHETOK MENCUPU juga GHETAK KUSIAL.
G32: GEDEBAR: Maksudnya Berdebar. Contoh ayat: Kawe kalu tengok muka Datin gak GEDEBAR selalu. Takut buat salah gak dia report kat Ketua Mudir la.
G33: GERAH/GEGHAH: Takdir atau Nasib. Contoh: Dia bawa motor molek dah. Tapi mugo nak GEGHOH dia mari budak dari dalam semak gi tepoh dia.
G34: GELETA’H: Menggatal atau Mengada-ngada menggoda. Contoh ayat: Geletah Mek Nab Segogho tu. Kalu masuk kedai dia gak mesti nak depe’k dgn kita.
G35: GELENYAR: Spesis yang sama dengan GELETAH iaitu menggatal atau mengada-ngada menggoda.
G36: GEGHE: Maksudnya Geram. Contoh: Mek Na GEGHE tengok ko perangai Milah tadi.
G37: GATIH: Kayuh. Contoh: Daghi mudo pah ko tuo ni Pok Mat masih lagi dok GATIH teksi. Walau pun anok2 doh khijo sedak, dio masih nok gatih teksi. Tegehe katonya kalu tok ggatih nih.
G38: GUSSUT: Tercorot atau paling akhir. Contoh ayat: Tiap kali periksa dia buleh nombor GUSSUT masa sekolah rendah. La ni dia Jutawan berjaya. La ni Engineer hak balik oversea khijo make gaji dgn dia.
G39: GGERAK: Ia adalah kata sifat yang membawa maksud bergerak. Contoh ayat: Tengok AAKJ katok budok estet tuh sapa tok ggerok.
G40: GASE/GASAN: Ganas atau Kasar. Contoh ayat: GASE/GASAN sunggoh cara puak PKR buat Mesyuarat Cawangan, sampai terbang habis khusi meja, ada kena masuk ICU. Ketua Umum dia dok seronok gi rasmi Pesta Filem GAY kat Jakarta.
G41: GHUKAH: Panjat. Contoh ayat: Ghukah pokok tepi sungai.
G42: GAYUMAN: Gaya. Contoh ayat: Silap GAYUMAN gak, hanyut la puak-puak kita di GALAS nanti. Kena bersatu padu kemas keming puak kita. Jange ada selsih pehe. Kalu ada silap sikit sebanyak tu kira kosong-kosong selalu.
G43: GEWE 1): Maksud KEKASIH atau BUAH HATI. Contoh ayat: Arif Fahmi kerap ke Kuala Lumpur sejak akhir-akhir ini kerana dia nak jumpa GEWE dia yang kerja di Petronas KLCC.
G44: GEWE 2): Maksud HANTU atau PUAKA: Contoh ayat: Rasa “DEGHAA” bulu roma lalu kat tepi kubur lama tadi. Kata orang-orang tua, kawasan tu banyak GEWE.
G45: GHOBEK: Buruk atau Usang. Contoh ayat: Pengalaman kawe naik kheta GHOBEK Pak Mat gi Pasir Mas lucu benar. 3 Kali mapuh tgh jale. Lps tu cabut tayar.
G46. GEREK: Bukan emas. Contoh ayat: Kalu pakai GEREK gaks..abis butirr kulit ambo..bahan kimia banyok kalih..
G47. GHEPORK: Acah-acah ugut: Dio GHEPORK jah tuh nok oyat ko ayoh ambo..bukenyo berani sgt...tapi kalu dio oyat sunggoh..tok balik kapomm ambo..adeii
G48. GHROSER: tidak terurus @ berkucar @ tak kemas.... cth ayat : tengahari takdi ambo gi ke rumah abe.rohim, kereta muto ado depe tanggo, tapi pitu rumoh tutup kemah kemin, ambo panggil2 lamo bru kak we dio buko pitu...tu pun rambut ghroser.
G49. GELISOH: Resah atau gundah. Contoh ayat: Dato' Ketua Mudir dok GELISOH jak tadi lagi, sebab male ni Kelate lawe Selangor Bola Piala Malaysia.
G50. GELOBOK: Terkoyak sedikit bahagian yg tercedera. Akibat terjatuh atau pun kemalangan. Contoh ayat: GELOBOK ppalo Mat Yee sebab terhantuk kat Almari pagi tadi.
G51. GGATUN: Bergayut. Ia sejenis dengan perbuatan NNONDENG. Contoh: Bakpo Zariman tu bghehi benar dok GGATUN depan pitu bilik mandi.
G52. GU PADAN: Dua pihak atau individu yg berlawan akan kelihatan sama hebat dan sama handal. Contoh: Bolasepak perlwanan antara Sepanyol dan Brazil akhir sekali lps wisel tamat seri 0-0. Ni baru GU PADAN.
G53. GELIGO: Geliga sejenis permata atau batu berharga. Contoh: Pak Abu ada GELIGO Puteri Saadong hak dia buleh masa bertapa atas Bukit marak mula.
G54. GELIGO. Maksudnya pintar atau pandai atau genius. Contoh: Cikgu2 ghoyak budak Sedi tu otak GELIGO, sebab bui soalan Matematik, serupa make nasi..bghehi telajok nah. Rajin pulak tu, sebab tu dia la ni khijo bagus.
G55. GELAP MATA: Kata perumpaan untuk seseorang yang lupa diri akibat terpesona dgn sesuatu diluar jangkaan atau kemampuan. Contoh: Tak kata ko budak jaga bengkel tu, duit RM50 Ribu tu nya tinggal atas meja terbuka atas meja. Sapo-sapo pun GELAP MATA kalu main dgn duit hak tak mimpi mari depan.
G56. GULLA LIR: Sejenis makanan segera yg diperbuat dari bahan asas gula yg dikembangkan jadi seolah-olah sarang burung yang manis tetapi nipis dan senang larut di dalam mulut. Biasanya terdapat ketika pesta atau Expo.
G57. GGESEK: Mancis.
G58: GGAJI TOGOK: Makan kiri kanan atau belakang depan. Ia merupakana suatu kata perlambangan atau bidalan untuk seseorang yang sering mengadu domba atau dala bahasa berkias juga disebut "makan kawan" dsb. Ditolak ia makan, ditarik juga makan.
G59. GGAWO: Sejenis Makhlus Halus yang dipercayai dari kalangan Jin yang datang menjadi pesuruh manusia melalui amalan ilmu hitam. Perbuatan ini boleh membenihkan Khurafat dan amatlah ditegah agama. Ia banyak terjadi dalam masyarakat dahulu kala yang kurang kesedaran islam mereka.
G60. GHAA': Suatu refleksi perasaan yang positif dalam badan manusia apabila melihat sesutau yang disenangi tanda mensyukuri nikmat pemberian Ilahi layaknya. Contoh: Ambo ghasa GHAA jah tengok Nekbat Manis tu. Sedap tu wak buka posa.
G61. GOMBENG: Gonggong atau Hisap sambil gigit. Contoh: Budok2 kalu suko GOMBENG botol susu pahtu isap puting sokmo gak bilo besar gigi jonge skit.
G62. GOMMO: Gomol.Contoh: Kuat Abe Arif dok main gusti dengan Sudin. GOMMO serupa gusti ni.
G63. GOMO GI: Teruskan. Contoh: Hebat demo main bola ni Hamid. GOMO GI kot-kot mana pun asalkan Kelate bbener male ni.
G64. GGOMMO: Serius. Contoh: Pakda Him gughaa jah tadi, Husin nya GOMMO gitu lalu.
G65. GHIGAAK: Tangkap.
G66. GUGAA' (Sebutan hujungnya disengaukan sedikit): Cemerkap atau Tebolah atau Tidak berhati-hati.
G67. GEDEBE: Samseng.
G68. GEMULOH: Panggilan untuk orang Islam yang telah meninggal dunia atau pun Arwah.
G69. GU: Sahabat baik.
G70. GUTU: Kutu Rambut.
G71. GALIR: longgar,tak tetap
G72. GHOHOK: Payah, sukar,sulit dsb.
G73. GGUNI JALUR: Guni berwarna cokelat buiasanya untik di isi padi.
G74. GI DULU: Pergi dahulu. Contoh: Kawe GI DULU deh! Membawa maksud: Saya pergi dahulu ya.
G75. GERUT: Bunyi dalam perut akibat angin atau kelaparan.
G76. GURI/GUGHI: Tempayan kecil. Biasanya digunakan untuk meletakkan bahan-bahan untuk memasak seperti garam, gula, rempah, asam keping, dsb. Ia amat popular di kalangan masyarakat tradisional Melayu Kelantan suatu ketika dahulu.
G77. GGOCOH: Bergaduh atau bertumbuk atau berkelahi.
G78. GGADUH: Nak Cepat atau Loghak.
G79. GGOGHEK: Alat Pengasah pensil.
G80. GGOBEK: Sejenis peralatan untuk melumat hancurkan adunan daun sireh, buah pinang yang diricih serta kapur, juga dikenali dgn nama GGOBEK SIREH, makanan santai masyarakat melayu Kelantan dahulu kala selain dari rokok daun. Biasanya ia diperbuat dari besi atau tembaga.
G81. GGOLEK: Tergolek. Contoh: GGOLEK Husin jatuh dari atas basikal tadi. Brek putuh, tu yg tak leh control turun bukit.
G82. GOLEK: Ialah kata perbuatan seperti meleret bola dikenalai sebagai "GOLEK Bola".
G83. GGOLEK PAGHO: Ia adalah sejenis permainan tradisional kanak-kanak masyarakat melayu Kelantan. Permainan ini berasaskan Getah Pengikat sebagai bahan utama. Biasanya Empat (4) bilah kayu kecil dijadikan Tiang PAGHO (Para); Lebih dari dua (2) urat getah pengikat dijadikan para. Maka setiap peserta akan mel;etak sejumlah getah pengikat sebagai modal pertandingan. Kalu tage 10, maka 10 urat getah akan diletakkan setiap peserta. Selepas itu dibuat garisan (guna agakan) sebagai tempat melepaskan lasti (juga dari getah pengikat tadi). Ia juga dikenali sebagai BBIDAH PAGHO.
G84. GEGHUNG/GERUNG: Takut dari konotasi realiti.
G85. GGERUMAN: Penakut.
G86. GEGER GEGAK: gegak Gempita
G87. GGALO TANAH OGHE: Kata perumpamaan berjustifikasi mewar-warkan sesuatu perkara tanpa pengetahuan atau kebenaran dari empunya diri atau pemilik asal. Contoh: Jali dah kerah oghe gi umah Paksu Halim untuk usung ghumah, tapi Paksu Halim tak tahu gapo2 pun lagi.
G88. GGUGHA/GURAU: Bergurau atau bersenda.
G89. GUGHA BEWAK/GURAU BIAWAK: Maknanya bergurau dgn interaksi baik lisan atau pun sentuhan fizikal yg amat kasar dan sukar diterima oleh norma masyarakat timur.
G90. GHOKGHAK' (Sebutan hujungnya sengau sedikit) - Huru-hara, kelam kabut atau pertelingkahan kecil. Contoh: 1) Tak leh dengar oghe ngacung ko Jaghah, selalu dia gi ngamok dgn Jali. GHOKGHAK lak sehari dua. 2) Puak2 Arif Fahmi dan Puak2 Husam Musa nampak sangat GHOKGHAK bennar samo2 PAS pun dok berebut harta dunia la ni.
G91. GEMUK MMETONG: Kata sifat dari kategori Kitab Kesihatan bermaksud Gemuk tahap gaban. Juga dikenali umum dgn perkataan Gemuk Gedempol.
G92. GONAMO: Suatu sendi ayat yang bersifat antarabangsa membawa maksud "APA DIA?" atau "APA BENDA?" atau "APA NAMA?" atau "APA HAL?" bergantung pada ayat dan situasi dan interaksi komunikasi sesuatu fenomena.
G93. GGALUR: Kata representasi dari kesan kecederaan di badan. Biasanya ia kurang serius berbanding dengan luka. Contoh: Habih GGALUR betis Amer, sebab dia hungga atas batas sawah tadi, lalu kot duri kemang.
G94. GELEWAK @ BERGELEWAK (Sebutan hujungnya ke arah sengau): Serabut mata memandang atau berserabut dipandang. Dalam kata lain ia bermaksud satu spesis dengan Dok Kuca hanyar. Contoh: Player Selangor ramai hak jenis GELEWAK depan gol sendiri masa lawan Indon malam tadi.
G95. GHASI: Serasi. Sesuai. Ngam. Kamcing. Terlalu rapat. Contoh 1: GHASI molek kalu anak tina Haji Lijah tu kita jodohkan dgn Hamid anak Tuan DO tu. (Maknanya: Sesuai). Contoh 2: GHASI molek Ajik dan Sudin tu dok saing. Gi mana2 pun dua tu jah. (Maknanya: Terlalu Rapat). Contoh 3: Pasangan Budin & Norma memang GHASI sungguh. Selera sama. Hobi sama. (Maknanya: Serasi). GHASI molek DAP & PKR ni, sama-sama nak jual melayu. (Ngam).
G96. GGEGHAK: Sejenis alat yang bersifat penyapu, namun susunan bilah2 jejarinya lebih kasar dan terjarak. Biasanya digunakan di halaman rumah tradis dan kebun buah-buahan untuk mengaut seraya menyapu ranting kayu reput serta sampah-sampah yang besaiz lebar tetapi ringan.
MKR

No comments: