BIJAN

BIJAN
MKR with YAB Dato' Sri Najib

Monday, October 18, 2010

E - BAHASA BAKU KELANTAN

E1: EJAH: Usahakan agar dapat/rekomen. Contoh ayat: Kawe ghoyak dah kat YB Dato' Alwi, minta EJAH Ustaz Wan Noh balik Kelantan tolong PENERANGAN UMNO Kelantan sbg penceramah.
E2: EWEK: Maksudnya Tak Bagus atau Tak Mantap. Contoh ayat: EWEK enjin kheta Honda City baru tu, nak ambak Waja pun tak de. EWEK adalah kata penanda aras atau indikator dalam Total Quality Management System yang Sub-Systemnya dipanggil KPI & NKRA. Dalam ranking A, B, C, D & E> A adalah Outstanding Performance atau pun disebut cemerlang. Maka E mewakili dibawah target atau dalam kata lain EWEK juga disebut Need Major Improvement. Seseorang staff yg berada dalam kategori EWEK ini semestinya tidak dipertimbangkan untuk mendapat bonus dsb. malah boleh disenaraiakn untuk diberhentikan.
E3: ENJENG: Enjin. Contoh ayat: Guano ganah ENJENG kheta mu penuh dalam bonet ni. Mu pase turbo ko weh.
E4: ETAK: Sejenis hidupan sungai Kelantan yang biasanya banyak didapati di Muara Sungai Kelantan. Saiznya lebih kecil dari Lala.
E5: ETENG: Satu watak nakal dalam edisi tradisi Wayang Kulit. Jika digunakan dalam ayat seharian ia akan menggambarkan sesorang itu agak dungu. Contoh ayat: Mu ni Jali serupa ETENG ni. Oghe suruh beli tebu, 5 jam tak balik lagi.
E6: ENDENG: Menunjuk-nunjuk. Contoh ayat:Musa dok ENDENG pah ceroh pasal kebodohan Aziz kpd juak-juak dia di Balairaya semalam. dari isu 4 ghia hinggalah jabir ghokghak.
E7. ERROT: Keadaan memek muka atau mulut yang sedikit senget akibat menahan kesakitan dsb. Contohnya: Fatin tehe sakit sapa ERROT mulut dia.
E8. ENJORK: Alih atau anjak sedikit dari kedudukan asal. Contoh: Met Jah, cuba mu ENJORK sikit guni padi tu, Kawe nak bubuh anak benih ni.
E9. EGHEK TIN: (Heret Tin) - Terlampau teruk,terlampau letih,terlampau berat.
E10. EBER: Perkataan ini berada dalam kategori Bahasa Baku Kelantan Divisyen Kejuruteraan. EBER ini biasanya dianggap sebagai "aksesori" kenderaan seperti basikal, motosikal juga kereta. EBER ialah sejenis aksesori yang dipasang di bawah "MUD GUARD" atau MAKGAK. Dalam era permotoran era 70an hingga 80an, penggunaan EBER cukup dipopularkan seperti kaki seluar "BAGGIE". Dalam era terkini EBER kereta contohnya diperbuat secara biasa dari getah dan warnanya didatangkan secara popular 'hitam'.
MKR

No comments: