BIJAN

BIJAN
MKR with YAB Dato' Sri Najib

Monday, October 18, 2010

D - BAHASA BAKU KELANTAN

D1: DDEGHAK: Bermaksud berjalan-jalan atau bersiar-siar tanpa tujuan yang positif atau hasil yang boleh meningkatkan ekonomi keluarga dsb. Contoh ayat: Zamri suka "DDEGHAK" hingga jauh malam. BEDEGHAK adalah kata perbuatan. Ianya memberi konotasi yang negatif untuk seorang wanita atau suri rumah.
D2: DEGHAA: Deghaa mempunyai bakyak maksud yang berbeza mengikut konteks ayat. Perkataan ini adalah kata nama sifat dalam sesetengah keadaan dan juga boleh menjadi kata nama perbuatan dalam keadaan tertentu. Deghaa dalam maksud kata nama sifat adalah menggambarkan perasaan berahi,gembira,suka,seronok yang membuak-buak dan datang secara tiba-tiba disebabkan kerana melihat ,mendengar,merasa,memakan sesuatu. Contoh ayat: En Rahman beraso DEGHAA bila sahaja terpandang bekas ratu cantik Malaysia berkain batik dan berlenggang di depan rumahnya untuk ke kedai Wan Di bagi membeli xpax.
Bagi maksud katan nama perbuatan. Contoh ayat: Apabila sahaja terdengar bunyi ketawa yang kuat dari dalam hutan itu Kak Azizah dan kawannya DEGHAA habis lari kerana menyangka suara hantu ghemuloh Mok Yan hok ppero pelesit tuh.
Akhir sekali DEGHAA dengan sebutan yang tidak menekankan huruf A yang terakhir membawa maksud kata nama perbuatan. Contoh ayat: Mail,kito kena bayar DEGHAA nih dengan puok-puok Kutan tuh,berani dio katok anok sedaro aku,kata Abg Rafi kepada anak sedaranya,mail sambil mengasah sadat di jemoran rumoh dan menggetatkan kilas kain pelikatnya.
D3: DDUWWAA: Membawa maksud lebih menekankan lagi persaan muok atau jemu ini sehingga mendatangkan perasaan marah yang berkobar-kobar.
Kalu silap sebut tanpa ada penekanan pada huruf A yg kedua itu memanglah membawa maksud bermadu ataupun beristeri dua tetapi dalam konteks bila ada dua A dan nahu bacaan atau sebutan dipanjangkan sebanyak dua harkat maka ianya membawa maksud perasaan jemu dengan sesuatu kejadiaan atau perbuatan yang akhirnay menyebabkan kita marah.contoh ayat.Aku dduaa sungguh dengan AKSB nih sekejap takdok sekejap cemar air nih,bila nak bulih guna tak tahu.dalam erti kata lain.muok yang melampau.
D4: DEMO: Kata ganti diri untuk Awak.
D5: DDENEY KOPEY: Adalah kata nama sifat merujuk kepada keadaan yg cecair yang bersifat agak melekit mengalir tanpa kawalan secara semulajadi seperti hingus dsb.
D6: DEDAAH: Kencing yg tak lawas (Kecing Dedaah). Dedaah.bermaksud penyakit kencing yg tak pernah puas.berulang lke tandas untuk membuang air kecil
D7: DEDORH: Buka-bukaan atau seksi terdedah. Contoh ayat: Guano Jenab pakai kain belah sapa kat lutut. Tak bahayo ko pakai DEDORH lagu tu?
D8: DGHIYE: Durian. Contoh ayat: Sedak make pulut DGHIYE.
D9: DEGHO: Bendera. Contoh ayat: Puak PAS Khayal lebih. Ada 10 buah rumah dalam satu kapong jah, DEGHA setiap bate pokok dan tiye elektrik nya bubuh.
D10: DO'EH: Sukar atau susah. Contoh ayat: Kesian nasib Jali sekeluarga. Arif halau dia dari rumah dia sebab tapak tanah tu Tuan dia dah jual kat dia. DO'EH benar JALI la ni. Rumah tempat tinggal pun takdok.
D11: DEBEK: Maksudnya kurang atau rendah kualitinya. DEBEK juga dipercayai berasal dari Perkataan Inggeris “Damn Bad”. Contoh ayat: DEBEK sungguh motor Made in Taiwan ni, tokde 3 lekok, cabut tayar dah!
D12: DDEPE’K: Rapat sangat hingga bersentuhan. Contoh ayat: Manja sungguh Suriani tu dgn Rosli. Gi mano-mano gak mesti nak DDEPE’K jah.
D13: DENYUT: Rasa sakit yang berulang-ulang seperti di Kepala, atau bisul dsb. Contoh ayat: Ambo Kenaleng selalu bila Datin sebut perkataan DENYUT. Sebab dalam Kelas ambo jaga Safety & Health pelajar. Setakat pening kita bagi panadol jah. Jgn Datin Pese sudah.
D14: DO’OH: Melampau atau terlampau. Contoh ayat: Kenyataan Ali yg mengatakan Tuan Razi orang yang tersungkur melambangkan peribadinya yang kurang ajar dan biadap DO’OH lalu.
D15: DDEKI: Maksudnya Dengki atau Irihati. Contoh ayat: Jange dok DDEKI kita sama kita ni. Hidup kena saling tolong menolong.
D16. DOGGER: Doger ialah sejenis teknik membuat pukule @ menyepak sesuatu dgn caro mengangkat/melipat kaki kebelakang sambil menyepak.
D17. DERRET: berderet. Contoh: Anak Pak Mat tu setahun soghe. DERRET penuh birai tanga umah.
D18. DHAMAH. Rosak atau terjejas. Contoh ayat: Mat Ju chirit tu jenis agah tak pade nga tubuh kecik, nyo ajak mail kingkong beteking, keno senipah sebutir ko mail baru DHAMAH muko tuh.
D19. DDUWAA: Menyampah atau rasa nak marah tahap gaban atau rasa benci yg tersembunyi. Contoh: "DDUWAA kawe kelih Minah Gedik tu dok keceh Mat Jeck" kata datin Saleha kpd Mat Roji Segogho.
D20. DDENGUNG: Berdengung.
D21. DDO'EH: Daif/Sangat susah
D22. DABAA: Beganda/Sekali ganda (Bahasa Inggerisnya "Double").
D23. DEMMOH: Kata sifat perbuatan yang berkonotasi dari ilmu perubatan. Contohnya orang yang demam, lalu diambil kain tuala direndam dalam ais, lalu "DEMMOH' kat kepala dsb. Ada juga kena "DEMMOH" tempat lebam akibat jatuh atau kena pukul.
D24. DANGAA: Dangau.
D25. DEGHAHH: Deras.
D26. DEBO'K: Tembam.
D27: DDEBBOK': Kata terbitan dari perbuatan yang bernatijah atau berakibat. Contohnya: Jatuh DDEBBOK'.
D28. DDECUUNG: Kata perumpaamaan yang menggambarkan betapa lajunya sesuatu pergerakan atau larian. Contoh: Deghah Idris Ungga tadi, DDECUUNG nya pitah kawe.
D29. DUGAA: Loya
D30: DGHIYE: Durian.
D31. DOGOA: Dogol atau botak.
D32. DEMMEY: Demam.
D33. DOK SSAJA: Tidak berbuat apa-apa.
D34. DDEBA: Berdebar.
D35. DEKCOK: Sejenis permainan kanak-kanak yg menggunakan sebelah kaki. Atau pun berjalan dgn sebelah kaki tanpa menggunakan tongkat.
D36. DOK CCONGOK: Duduk bersantai. Contoh: Amin, Aziz,Budin dan Mat Din pakat DOK CCONGOK atas wakaf Maksu Aji tu sambil tunggu waktu buka posa.
D37. DOK CCAKONG: Mencangkung.
D38. DOK CONGOK: Sedang mengira.
D39. DAUN KAYU: Ulam-ulaman. Cth: Mek, tulong ambik DAUN KAYU deh, kita nak make nasi cecah budu dgn poyork ni.
D40. DOSA: Dosa.
D41. DDOSA: Berdosa.
D42. DESING: Kata sifat seakan-akan berdesing.
D43. DDESING: Berdesing.
D44. DAYOK: Biasanya dirujuk kepada kaum Apache di USA. i.e Red Indian.
D45. DAKAK: Dakap.
D46. DDAKAK: Berdakap.
D47. DALE: Dalam.
D48; DDALE: Di dalam.
D49. DOK KAKNEH: Adalah kata sendi juga digunakan sebagai kata pengesahan yang sering digunakan dalam pertuturan popular seharian bermaksud "BUKANKAH BEGITU?"
D50. DENOK: Burung peliharaan yang diletakkan di dalam sangkar khas untuk mengumpan burung yg bebas berterbangan agar memasuki "JEBOK" yang dipasang. DENOK pengkhususannya menjurus kepada pemeliharaan binatang sebagai hobi orang Melayu Kelantan pada masa lalu.
MKR

1 comment:

hati said...

untuk D ni,buleh tambah pkataan DAMAH.maksudnya pupus..budok2 perikat baru x tau sangat dah..ore2 tua jah hok biasa nga pkataan nie