BIJAN

BIJAN
MKR with YAB Dato' Sri Najib

Monday, October 18, 2010

A - BAHASA BAKU KELANTAN

A1: AYAM UTUT: Bermaksud seseorang yang rendah mutu dan taraf kecerdikan atau moralnya. Contoh ayat: Arif tu AYAM UTUT jah jame dok ngaji sekolah arab dekat ghumah pak sedagha kawe. Nya bomoh lagu mano buleh nikoh dgn anok Nik Aman tu.
A2: AGAH: Sombong. Contoh ayat: AGAH budak lalu depe sekolah tadi.
A3:AMBO: kata ganti diri untuk ‘saya’. Contoh: AMBO nak gi kedai kejap deh.
A4: ALOH ROMA: Tak mampu bersaing atau berlawan. Contoh ayat: Tak sempat masuk gelanggang lagi, pasukan bolasepak Azmi dah mengaku kalah dengan Pasukan Bolasepak Bukit Tar. Basso ALAH ROMA la tu.
A5: AYYE DENNEY: Individu yang tak berkualiti atau rendah tahap moral siviknya dalam masyarakat. Contoh ayat: Azman tu nate Aye Denney kecek agah la ni. Tergamak dia maki hina Tok Ngulu "Jatuh Tersungkur".
A6: AKAT ENJIN (Kata Perumpamaan): AKAT ENJIN bg ore tino hok baru lepas beranak,maknanyo berurut.. Betulkan semula urat2 hok sipul,hok putus,hok punah.. Nak wi molek semula serupo sediakala,nak wi tok laki rasa kemah keming supo mula2 beli enjin baru dulu..kalu tes pikap molek gak tak payah beli enjin lain..kalu x molek kena dabal enjin so lagi.(Ayat oleh Abe Rahim).
A7: AYUP: Gayat. Contoh ayat: Abe Rahman tak leh dok tempat tinggi, dia cepat rasa AYUP.
A8: AYUN: Hayun. Contoh ayat: Demi cuba AYUN ndo tu, tengok kuat lagi ko dok spring dia.
A9. ANAK YE'R: Sejenis makhluk halus biasanya jadi belaan pengamal ilmu hitam.
A10. ACU: Cuba
A11. ATAH: Atas.
A12. ATAH TONG: Sedang elok atau Ngam-ngam.
A13. ATAH TAGHO: Betul-betul kena di tengah-tengah sempadan. Sedang elok.
A14. ALIK ULU: Sebelah Hulu.
A15. ALIK ILIR: Sebelah Hilir.
A16. ANNAKAN: Sejenis permainan yg popular untuk kanak-kanak perempuan. Ia juga dipanggil Anak Patung.
A17. AKAT PUNGGONG: Pergi atau meninggalkan tempat sekarang untuk pergi ke tempat lain. bahasa pasar budak-budak sekarang ialah "Chow".
A18. APONG: Apam Balik.
A19. ASARK: Asap.
A20. AKOK/AKOK KEDUT: Sejenis kuih tradisional Kelantan.
A21. ACOK: Tempat menjemur bee hun selepas proses pembuatan tujuan pengeringan. Ia biasanya diperbuat dari buluh. Proses pembikinan Ikan Masin juga menggunakan ACOK.
A22. ATAH BALAI: Ruang Utama atau Ruang Tamu rumah.
A23. AYE TER SAPPAA: Kata bidalan yang mewakili suatu sifat individu yang masih dalam terkejut tahap gaban atau terkesima.
A24. AYE SERAMO/AYAM SERAMA: Ayam Katik i.e. sejenis ayam kecil yang dipertandingkan demi seni kecantikannya.
A25. ABE: Abang/brother.
A26. AWE: 1) Nama manja bagi anak lelaki kesayangan keluarga. 2) Nama dalam BM ialah Awang. 3) Nama timangan bagi lelaki dewasa di Kelantan. 4) Awe juga adalah perkataan untuk Awan di langit biru.
A27. AGHE: Arang
A28. ALE: Alang. Contoh: ALE PITU = Alang Pintu dsb.
A29. ANGAH: Kak Ngah.
A30. ATEH: Kak Teh.
A31. AYYE: Ayam.
A32. AMIULE: Ambulan.
A33. ANOK SPILA: Ikan Laga.
A34. AZAK: Azab.
A35. AZE: 1) Azam - Cita-cita atau iltizam. 2) Azam: Nama lelaki 3) Azan: Bang.
A36. ALE: Alam.
A37. ATAH MMOTEK': Tepat Sekali.
MKR

No comments: