BIJAN

BIJAN
MKR with YAB Dato' Sri Najib

Monday, October 18, 2010

B - BAHASA BAKU KELANTAN

B1: BEGHEK-BEGHEK:Dalam istilah orang Melayu Kelantan, hujan yang selalu turun diklasifikasikan kepada beberapa kategori. Dari Hujan Lebat sehinggalah kepada hujan "BEGHEK-BEGHEK". Hujan "BEGHEK-BEGHEK" bermaksud Hujan Renyai-Renyai. Hujan yang halus dan nipis sekadar dibawa arah angin. Contoh ayat: Hujan di sini tidak lebat, cuma "BEGHEK-BEGHEK" jah.
B2: BEJEBOK:Maksud bejebok ni ialah air yg dah terlebih buihnya sapa meleleh keluar dr bekas. Tak kira air apa dan bekas apa pun.
B3: BELEBAK adalah kata terbitan atau pelengkap kepada perkataan JATUH. Ia menguatkan lagi maksud jatuh tadi. Dengan lain perkataan Jatuh yang kuat.
B4. BEKOK BEKING: BEKAK ialah bengkak. Manakala BEKING adalah kata pelengkap atau terbitan bagi menguatkan lagi kata perbuatan Bengkak. Dengan lain perkataan Bengkak yang serius.
B5. BERONA/BEGHONA: Buat hal. "BEGHONA pulok doh palo paip,tak tubik air",kata seorang penduduk di Kota Bharu.
B6: BAGHUH: Sawah atau Bendang atau Redang. Contoh ayat: Tadi kawe kelih Makcik Aji turun BAGHUH nak gi tengok benih padi dia.
B7: BUAH: Pendapat atau Fikiran. Contoh ayat: Abe Rahim saja jah buat-buat diye. Kalu sekali tubik BUAH dia memang bernas cukup sifat so-makkar ayat dia bui.
B8: BIDAA: Maksudnya oghe yg suka ambil harta atau baghe oghe lain dg cara tipu muslihat.
B9: BERLENGAH TAWAH: Melekit dan tidak menyelesakan. Ia juga dikenali sebagai BERLENGAS iaitu rasa melekit selepas kita makann Kuih Kelantan yg Manis spt Nekbak; tgn kita akan merasa BERLENGAS.
B10. BEKORK COBONG: Bengkak yang serius.
B11: BENORK: Maksudnya lembab, susah nak terima apa yg diajar. Cth ayat : Oghe tuo2 kato, make tu kelih molek2 dale pingge. Jange rralit bbual sambil make tok tnapok ado semut dale makane. Kalu termake semut, nati benok 44 hari.
B12: BINTANG KAMA: Pening hingga pijar mata. Contoh ayat: Keno woh saa maakar Jusoh.....mutar itik kawe sapa napok bintang kama.
B13. BETART: Maksudnya Lembab/Lambat. Contoh ayat: Pemuda PAS Kota Bharu ni jenih betart belaka ... kalu ARIF FAHMI tak hulur pitih pakat tak sey gerok belako .
B14: BATAT: Tak Menjadi, Tak Naik.Cth Ayat : Ambo nih kalu wak ssekuk jjadi molek tapi kalu wak kek gak nyo jjadi batat sokmo.
B15:BUAH SAWO NILO: Buah Ciku.
B16: BUAH TIMUN CINA: Buah Tembikai.
B17: BELAWOK: Bohong/Tipu
B18: BUGHUK: Buruk
B19: BBUGHUK: Fitnah/Adu Domba. Contoh ayat: Nuwar Berohim tak-habis dok BBUGHUK ko PM, padahal semua benda hak dia jaja tu tak wujud pun. Nuwar ni dia tak belawok time dia tidor jah.
B20: BEKENG: Garang.
B21: BLEBER adalah kata sifat yang wujud dalam masyarakat Kelantan yang membawa maksud BERLETER. Contoh ayat: Bo lah dok Bleber nyo, malu kok ghe sebelah ghumah.
B22: BABBAK: bermaksud NGAMUK. Cth ayat: Kuat Husin murih kat Mak Chu dia semalam, sapa BABBAK habih terbang piring dan pinggan mangkuk. Ia juga popular digunakan dalam kata kiasan yang membawa maksud "meraban tahap gaban".
B23: BBELIT: Ia adalah terdiri dari kosa kata berfakta untuk beberapa maksud. BBELIT pertama ialah untuk menunjukkan tali yang diikat itu berbelit elok. BBELIT yang kedua ada menyatakan konotasi negatif untuk seorang yg sering MENIPU dalam pertuturannya atau berdolak dalik. Contoh ayat (BBELIT 1): Tali Lembu Pok Mat Bbelit celah tiang pagar umah Mek Som. Contoh ayat BBELIT 2: Nate Keling hak tak jadi Lawyer pun kecek BBELIT Mutar Dunia, apatah lagi hak jadi LAWYER udoh-udoh.
B24: BELAT: BELAT bermaksud Anduh. Iaitu suatu kata kerja atau usaha merawat orang yg sakit biasanya patah tgn atau kaki. Contoh ayat: Pak Su Haji nampak dok ngurut tangan org patah tu. Oghe tu eksiden jatuh motosikal. Paksu BELAT tgn dia dgn kayu pembaris pah tu balut dgn daun pise.
B25: BELAKE: Belakang. Contoh: Cuba demo jamah BELAKE kawe, rasa lengoh ni.
B26: BIKAH: Bingkas. Contoh: Nya BIKAH bangun cegak ada tinggi 10 kaki.
B27: BBALIK KUWE: Lintang Pukang. Contoh ayat: Propaganda Parti Tiga Amah baghu nih pasal la ni dia ada pitih banyak jadi BBALIK KUWE habih bercelaru selepas tahu sebenarnya tipu belako.
B28: BAGHU: Baru. Contoh: Hasni tu bini BAGHU Fahmi. Masso mano nya nikoh tak tahu lah, kaba2 teghik dah.
B29: BELAKO: Semua.Contoh ayat: Maaf kat makcik getek. Maaf BELAKO deh.
B30: BERLAGO ANGIN: Amat bersetuju atau sependapat. Contoh ayat: Kita BERLAGO ANGIN benar dgn Abe Rahim. Dah lah dia baik, pandai buat kelakar. Tu yg buat kita happy dgn dia.
B31: BERLAGA PUSAT: Maksudnya berkahwin atau bernikah. Contoh ayat: AJIK weh, mu tok kena NGELE umah Tok Ngulu ko hari ni, anok tino dia BERLAGA PUSAT semale.
B32: BEKWAH: Kenduri. Bekwah adalah juga dipercayai berasal dari Perkataan Inggeris Lama yang berkonotasi tentang "BIG WORK and BIG WASH". Makna kata selepas kerja atau makan besar, kerja2 mencuci juga besar, termasuk kawah!
B33: BUBUUH: Botak atau Kepala tercabut rambut. Contoh ayat: Semenjak jadi Ketua Mudir Kelas Bahasa Baku Kelantan, Dato’ Muhammad Zaidi Sidek jadi semakin loghak dan koho banyok mikkir sapa napok ppalo pun nak BUBUUH dah tu.
B34: BUKALI atau BOKALI: Barangkali. Contoh ayat: BUKALI Aziz terkencing dale kain bila dgr Nama ROSLI nak tanding jadi Ketua kelas.
B35: BEGHITIK: Permukaan kulit yang banyak tanda-tanda hitam kecil. Contoh ayat: Bakpo kulit muka Nik Ahmad napork banyak BEGHITIK.
B36: BEKWAH: Perkataan ini dipercayai kononnya diambil dari pertuturan Bahasa Inggeris pentadbir British yg dtg ke Tanah Melayu dulu i.e. BIG WORK atau BIG WASH (Basuh Pinggan mangkuk, kuali dsb beramai-ramai). Ia bermaksud KENDURI BESAR atau KERJA KAWIN YG BESAR. Contoh ayat: Hari Jumaat ni kita pakat gi umah Dato’ Ketua Mudir di KL, sebab dia BEKWAH sempena dapat projek baru.
B37: BBEKOK: Juga dituturi sebagai "SLOGHO" yang memberi interpretasi 'bergurau' atau 'bersenda'. Contoh ayat: Abe Rahim tak payah terasa hati dgn Kojack Smart tu, dia memang suko BBEKOK/SLOGHO.
B38: BERKORK: Membawa maksud Bengkak. Contoh ayat: Puan Mashitah telah meminta pertolongan Doktor untuk mengubati suaminya yang digigit tebuan di bahagian alat sulitnya. lalu beliau berkata " Doktor tolong buwe bisa tebuan tu, tapi hak BERKORK tu biar maintain!". BEKOK CCOBONG: Membawa maksud Bengkak yang serius.
B39:BBOGHAK: Melarat. Contoh ayat: Demam sikit2 pun keno gi Klinik cepat, jange tunggu BBOGHAK baghu nak cari klinik.
B40: BATANGAN: Agakan atau Bacaan atau Tekaan. Contoh: Walau pun napok rama ore kat tepat caramoh di galas semale, tapi jgn dok sedak 'BATANGAN' sgt.... belum tentu demo buleh mene tu.
B41: BELABIT: Bersabit. Kes Mamat nga set2 dio keno amik polis kelmarin tak BELABIT nga ambo.
B42: BELEPOK: Kata terbitan pelengkap kepada Jatuh. Contoh: Ppalo ambo tengoh berdenyut nih sbb takdi ado soghe jate tok saba ni, nyo gi bukok tmpt baghe maso flight blom begheti betol2. Jatuh BELEPOK brg atah ppalo ambo. Adoi.... Sakit senghoti lah wei... Apo punyo oghe nih?
B43:BGHEHI: Gemar. Contoh ayat: Mek Na tu ‘BGHEHI” sungguh make Mee celop kedai Deris tu.
B44: BEGHENG: Garang. Contoh ayat: Mu jange dok sekat angin Mat Din tu, dia jenis BEGHENG tu tak hirau kat sapo-sapo. Tapi hati dia baik. Kalu dia setuju angin dgnmu habis harta benda la dia belanja oghe.
B45: BEDAUUNG: Menderum. Contoh ayat: Yak....guano BEDAUUNG bunyi enjin keto tu Datin...lamo x tuka minyak slenda ko?
B46: BESUSORH: Menyusahkan. Contoh ayat: Toksoh dok BESUSORH wak air laa, ambo makey tey doh kedai "Ajijah" sakni.
B47. BERDESING: Bunyi separuh matang yang membuat emosi terganggu.
B48: BBEKOK: Bergurau senda. Contoh ayat: Mu jange dok BBEKOK pasal Ku Li jadi calon PRK DUN GALAS. Kalu jadi betul dan benar, tak jenegha tidor Murihsondol PAS tu…..
B49: BETUL SSELING: Betul sungguh-sungguh atau teramat benar, tiada yang dusta melainkan benar, sebenar-benarnya. Contoh ayat: Saing ambo ghoyak memang BETUL SELING kalu pasal ABU NUWAS tu Gay. Sebab sepupu dia pernah ‘kena’ masa dok ngaji mula.
B50: BEREMBAS/BEGHEMBAH: Main-main mini gusti. Biasanya melibatkan kanak-kanak. Namun jika orang dewasa BEGHEMBAH dia akan bermaksud bergaduh atau berkelahi yang melibatkan aksi-aksi gusti sekurang-kurangnya. Contoh ayat: Sibuk dok berhembah la budok dua beradik nih.. kae aku ikat ko tiae baru dia tau.
B51: BULEH PEKDAH: Bencana atau mala petaka. Contoh ayat: Kalu Ku Li tak nak jadi calon gak, BULEH PEKDAH puak-puak kita.
B52: BULEH BEDO’OH: Teramat setuju. Contoh ayat: Abe Mat, boleh dok kita gi tengok bola naik kheta abe male ni? Jawab Abe Mat: BULEH BEDO’OH la adik weh!
B53: BBILUR: Kesan lebam akibat dipukul atau dibelasah. Contoh ayat: Kerana cemburu seorang suami telah dipukul oleh isterinya hingga BBILUR atas belake. Bini dia marah sebab semalam bila dia call suara oghe Tino yg jawab. Bila diminta ghoyak gapo hak oghe Tino tu kata; isteri dia pun kata "HARAP MAAF,NOMBOR YANG ANDA DAIL BERADA DI LUAR KAWASAN LIPUTAN".
B54:BENOK: Bodoh atau kurang cerdik. Contoh ayat: Ore tuo pese juruh bbenar....jange timbok atah belake...BENOK....payoh nak ngaji....
B55: BBULU MATTO: Meluat. Cth : Aduhhh... Bbulu mato tengok nyo dok nnunjuk gele emas baghu berkali2 kak ambo. Mace la ambo eran sgt.
B56: BULU PAHAT: Roma Nirmala.
B57. BERASOR: koho-koho. Contoh: Sementara demo lain sapa, ambo BERASO minta diri dulu deh.
B58. BERADU : Demo bawa kheta tu kalu nak BERADU gak pilih-pilih tepat sikit, jange dok BERADU tepat2 sunyi atau dalam hutan. Pilih kawasan Bandar atau dekat kedai oghe.
B59: BERAMBAT/BEGHAMBAK: Kejar Mengejar. Contoh ayat: Markonah dan Kasim main BERAMBAT/BEGHAMBAK dalam Kelas tadi. Mereka telah didenda oleh Timbalan Mudir.
B60. BAUR: Batang Pancing atau Batang Kail. Contoh ayat: Pak Ya, mu tulong ambik BAUR kawe tepi kolam tu, kawe nak ngail dua tepat ni.
B61. BBALASSOH: Madrasah atau Surau. Contoh: Makcik Haji tak gi BBALASSOH ko male ni, ada oghe ngajar tu.
B62.BBALIK KOT: Keputusan atau pendirian fenomena songsang atau kontra. Contoh: Kadir ingat Kedah boleh menang lawe bola dgn Kelate separuh akhir Piala Malaysia, tapi BBALIK KOT, Kelate yg menang.
B63. BBALIK PAIH: Maksudnya Kuccar Bagha atau Carca Merba atau Kumbe Lembe atau Tunggang Langgang. Contoh ayat: Baghu ni Joyah Nngaju Mmercok 2 hari jah, BBALIK PAIH habis keadaan Kelas kita; pinggan dok bawah meja la, khusi dok dale jambe la, hingga meja Abe Jali sendiri dok atas meja Ketua Mudir.
B64. BEKAA: Bekal atau Bekalan. Contoh: Untuk jimat belanja Nik Razi bawa BEKAA gi khijo.
B65. BETAKIL: Berbahas atau berlawan hujah. Contoh: Tok cekat nok betakil la nga Abe Rahim....mugo dio ore hebat genap hmbab.
B66. BETURUT: Kena gi panggil. Contoh: Mat Ju kalu de dia gi derrat kedaa, kena BETURUT sokmo Ibu Beghitik deghumah tu. Buke apo, nya main Aji Keda Abe Mail Tanah Merah tu sapa subuh.
B67. BBUBU: Membaiki pukat. Contoh: Abe Dollah lambat balik male ni sebab dok BBUBU di rumah Persatuan Nelayan Bachok tu.
B68. BERTIKAE: Bertikam. Biasanya pertembungan dua pendekar dengan senjata. Contoh: Jak, demo tak dgr kabar male tadi, bunyi kabar Tok Guru Silat 6 tapak tu BERTIKAE dgn Cina DAP. Silap kerot jadi kes perkauman pulok.
B69. BERANGGUK: Leka atau Asyik. Contoh: Pakat nya BERANGGUK tengok tanding sogha burung tu.
B70. BERINGUK: Mengangguk-nganggukkan kepala kerana keasyikan yg amat sangat. Contoh: Mat Jemi tu bghehi benar lagu Juwita oleh Zaidi Buluh Perindu. Kena lgu ni gak, BERINGUK Kepala selalu Mat Jemi tak kaba ingat.
B71. BELAMBOK: Berlambak i.e. ada dengan banyak. Contoh: Tak payoh balik Kltn setakat nak beli Cadar TOTO..di Nilai tempat kawe ni pun ada BELAMBOK..boleh kawe tolong beli demo nak berapa kodi...
B72. BERLAPIK: Beralas. Contoh: Kecek tu kena BERLAPIK sikit, lamo ke kena gocoh kokghe.
B73. BERLAGOK: Berlagak atau sombomg. Contoh: Agah penyokong Selangor semeta ko main tepat demo, BERLAGOK gitu mo lalu, katak ludah penyokong kelate. Tunggu la Jumaat ni demo gi Kota Bharu....
B74. BEKEMBUR: Hancur berderai. Contoh: BEKEMBUR buah timun cina tu lepas jatuh atas jale tadi. Mat Min tak pege molek masa naik motor.
B75. BELANAR: Terlalu banyak. Contoh: PAS lo ni duit BELANAR. Lps 20 tahum memerintah Kelate banyak dah Tanah dia jual kat bangsa asing.
B76. BBIDAS: Sejenis alat permainan,BBIDAS jugak adalah satu situasi di mana sesuatu benda yg anjal dan elastik secara tiba2 terlepas samada dari ikatan atau dipotong,melantun.
B77. BERLEMIN: berminyak. Contoh: Basuh pinggan tak cuci budak kedai tu, BERLEMIN jah pingge lps basuh kawe tengok.
B78. BBADI: Berlawan, Berlumba-lumba atau Bersaing. Contoh: Kua Mat Jeck do BBADI panje bare dia dgn golok Abe Safuan. mestilah panje Abe Safuan punya Golok lagi..hehehehehe....
B79. BBESAN: Berbesan.
B80. BANGAT: Cepat. Contoh: Kalu nak ikut gi Pasir Mas gak, BANGAT la sikit weh. Jange dok terhegeh baru nak cari selipar la..nak cari baju la...aduh la...
B81. BUJJER @ OGHE BUJJER: Janda atau balu.
B82. BBUJER: Berselingkuh, berasmara,melakukan hubungan jenis bukan sejenis,he he he he he.
B83. BESIUYOR: Bersiul. Contoh: Brehim anak Pakcu Ghocoh tu gak, bghehi bennaa BESIUYOR sebelum masuk office pagi-pagi gak.
B84. BELUKOR NIPOH: Kata perumpamaan: Belukur ni ikan.ikan hok bodo.kalu org sebut belukur nipoh ggak makno nyer org kata kito bodo menarlah,bodo serupo ikan belukur nipoh
B85. BADIK: Sejenis senjata pendekar Kelantan sejak turun temurun sebaris dengan Kapak Kecil. Lawi Ayam dsb.
B86. BERKAT: Keredhaan atau restu.
B87. BELOHOK: Tersedak. Contoh: Make tu jange selu-selaa sangat gak...lamoke belohok.....jange wat gurau nga BELOHOK ni...ayoh saing ambo sapai ajal kes belohok pinang jah.
B88. BERKEPAL HUJUNG: Gocoh atau pukul.
B89. BERADAP: Berbudi bahasa dan bersopan santun.
B90. BERHADAP: Bertemu secara berdepan atau secara 'live' kata orang puteh.
B91. BEGHIOKK: Terlalu ramai.
B92. BBADI DAN/BBADI DE: Siapa cepat atau siapa dulu.
B93. BUAK: Buat.
B94. BBUAK: Sejenis spesis Sawan.
B95. BBALIK MATA: Separuh sedar.
B96. BATANGAN: Cita-Cita
B97. BI'YYE: bi'yye ni tepat simpane makane sementara blom tele...kalu beruk dio wak sipe pise di tepi pipi sblah dale mulut, kalu lembu dio sipe ruput situh, male-male ble-ble nunggu tido dio kunyah pulok krup-krup bunyi..
B98. BELETE KALE: Tunggang langgang.
B99. BBENER 1: Benang.
B100. BBENER 2: Menang.
B101. BERGOMO 1: Bergomol (Macam dalam gusti).
B102: BERGOMO 2: Bersungguh-sungguh atau serius tahap gaban. Contoh: BERGOMO Paksu Halim ni, kita gughaa jah . Buke sengoti pun.
B103. BEGHEHI: Kata asalnya ialah Berahi. namun dalam Bahasa Baku kelantan ia membawa maksud Gemar, Suka atau Minat. Contoh: Abe Halim BGHEHI sungguh main bola.
B104: BEGHANI: Berani.
B105: BESI BEGHANI: Magnet.
B106: BELIPAK SIGHAK: Berselerak atau sama spesis dengan Kucar Hanyaa.
B107: BELIKAT PANJAE: Kata bidalan yang membawa maksud "Pemalas"atau berwatak pemalas.
B108. BBOGHAAK 1: Merebak Habis Boghat pah alik sana do abe Lah Wei.
B109: BBOGHAK 2: Semakin serius.
B110. BBUGHOK 2: Pernyataan luka pada bahagian badan semakin serius sama. Kata lain ialah Boghak 2.
B111. BERADU: Dalam bahasa popular Kelantan BERADU membawa maksud Berhenti atau STOP dlm Bahasa Inggerisnya.
B112. BERASUR - Minta diri. Permisi. Contoh: Ambo BERASUR dulu. Membawa maksud: Saya minta diri dulu. ATAU Saya permisi dahulu.
B113. BELAGHOK 1: Ia adalah suatu fenomena dan kebudayaan mayarakat melayu kelantan biasanya terdapat dalam majlis sambutan perkahwinan sebelah pengantin perempuan. Ia bermaksud rombongan pengantin lelaki di majlis sebelah perempuan. Jika sebelah lelaki ia di panggil NNYAMBUT NATU.
B114. BELAGHOK 2: Memberi konotasi makna beramai-ramai atau berduyun-duyun ke suatu tempat atau majlis. Contoh: Hari Sabtu ni kita pakat "BELAGHOK" gi Stadium Bukit Jalil. Kita tengok Kelantan Menang Piala Malaysia. Sejarah bakal tercipta.
B115. BBUTIR 1: Jelas. Contoh: Hajjah Rogayah Sulong bekas Qariah Kebangsaan sedap sungguh ngaji Quran. Dengar bacaan dia gak BBUTIR molek. Penuh tertib terning.
B116. BBUTIR 2: Berketul. Contoh: Penyokong Negeri Sembilan tu nnakut nakgi stadium, bimbe nya jadi serupa tahun lepas, tak pasal-pasal kena lekot atah ppalo, BBUTIR payah nak demmoh.
B117. BBUTIR 3: Berbiji-biji. Contoh: kesan penyakit berjangkit, kulit BBUTIR habih.
B118: BBIKAH: Terpelanting atau tergerak secara aggresif atau ekstrim akibat sesuatu proses semulajadi mahupun proses teknikal. Contoh: 1. Kuat BBIKAH jerat Pak Abu pase tu. Contoh 2. Tengah dia sedap2 tgk TV, Seman rasa terkejut sebab geli rasa ada katak pughu dale kain dia, kaki dia BBIKAH deghah lalu kena kaca mmaghi kaca, pecah kembur.
B119. BOCEH': ppalo dgn perut.ado orang perut boceh ado orang ppalo boceh.
B120. BUTUT: Suatu sifat fizikal yang terjadi akibat sesuatu proses yg lama tanpa sedar sehingga mengakibatkan natijah berganda seperti ppalo BUTUT,kuat tidur nyar makan bbatal zaman budok.
B121. BBUIH: Ia adalah kata sifat dalam proses biologi dan fenomena alam semulajadi. Ia juga terjadi akibat penyakit mahu pun tragedi atau refleksi tindakbalas kimia juga sebagai penanda aras tahap keseriusannya. Contoh 1: Mat Ju Bbuat tadi tu, BBUIH habih mulut2. Contoh 2: Geng-geng Nalerk Estet Khelor tu mabuk samsu dah, BBUIH habih tubik kot mulut.
B122. BETOKOK 1: Bercium atau beromen.
B123. BETOKOK 2: Berembas/beghembah.
B124. BULEH PEKDAH: Padah atau kesan / Bahana.
B125. BERLAGO LOT: Amat bersetuju atau sependapat. Contoh ayat: BERLAGO LOT benar puak2 kita dgn Abe Rahim. Dah lah dia baik, pandai buat kelakar. Sama spesis dgn BERLAGO ANGIN.
B126. BERJUGHUH: Berperangai bail lagi berbudi bahasa.
B127. BOMO: Bomoh atau dukun.
B128. BBOMO: Berubat secara tradisional atau pun minta sesuatu hajat dari persekitaran yg positif di samping usaha yg berlipat kali ganda.
B129. BUAH KAYU: Buah2an tempatan seperti Dghiye, mokter, ssetor, dsb.
Cth : Kalu musim buoh kayu tibo, ghama la oghe balik kkapong... Jange make sapa deme doh la...
B130. BAGHAA: Kacukan atau berdarah campuran. Contoh: Comel sungguh pramugari Cathay Pacific hak jaga Business Class masa trip kawe dari KLIA ke Hong Kong tu. Nama dia Phoebe. BAGHAA Tok Syeikh capor Chino.
B131. BEGHEH/BERES: 1) Beres atau siap. Contoh: Dah siap abe wat khijo sekolah tu? BEGHEH abe. 2) Tamat atau selesai sesuatu pekerjaan. Contoh: Lagu mano MMaghi hak ambo tempah minggu lepas, dah siap? BEGHEH Boss. 3) OK. Contoh: Jali, lagu mano keadaan pejabat kita haghi ni? Setakat ni BEGHEH belako lagi boss. 4) Tanda persetujuan. Contoh: Usin, mu nak gi ko dok Pulau Pangkor lps penat lelah di PRK DUN GALAS ni? Husin Jawab: BEGHEH boss.
B132. BEGHONA: 1)Meragam (Rosak)- Nya BEGHONA lak kheta Pak Usin male2 ni. Nya mapuh dekat2 kawasan kubur lak tu. 2) Meragam (Menggatal)- Nya BEGHONA buleh Abe Ajik ni, dah bercucu-cicit pun nya bini muda pulak. 3) Merosot (Prestasi) - 2011, Red Worriors tak leh main mudah-mudah. Jange dok BEGHONA, lam gak peminat fanatik bakar stadium pulok.
B133. BEJEGHUK: Kuyup. Contoh: Basah BEJEGHUK kena air hujan.
B134. BBULUT MOLEK: Serabut serabai tahap gaban.
B135. BELANA/BLANA: Kata majmuk yang menggambarkan banyak atau ramai. Contoh 1: BELANA oghe kedaa pagi ni. Contoh 2: Nak caghi kuih mulong kita pakat gi Pasar Tani Wakaf Che Yeh, BELANA situ.
B136. BELANA KOKNA/BLANA KOGNA: Kata terbitan melambangkan terlalu ramai atau terlalu banyak.
B136. BELANA TABAA/BLANA TABAA: Kata perumpamaan untuk kata sindir atau gurau demi menunujukkan sesuatu perkara seperti "Ramailah buleh wak gini atau BELANA TABAA lagu ni gak weh....
B137. BEDAK SEJUK: Kata nama benda ini adalah sejenis alat solek perubatan terawal dalam tamadun masyarakat Melayu Kelantan.Ia dahulunya dihasilkan secara tradisi i.e. dgn menumbuk beras bermutu tinggi hingga hancur "lumat-Le-ik" dicampur dgn hasil kisaran kulit buah Rambai. Dipakai biasanya di malam hari sebelum tidor. Ianya amat menyejukkan muka dan juga mencantikkan kulit muka.
B147. BENGAH: Bangun. Contoh: Banyak kheja la ni, nak BENGAH pun takde ni.
B148. BANGUNG: Bangun.
B149. BOKORK: Bongkok.
B150. BBOKORK: Membongkokkan badan.
B151. BBAGHI/BBARI: Bercerita.
B152. BAGHI/BARI: Cerita.
B153. BBUWA 1: Cakap besar.Kadang juga disebut: BBUWA BESAR.
B154. BBUWA 2: BBUWA KEDA KOPI: Bersembang atau berborak.
B155. BAKAK 1: Bakat atau talent. Contoh: Ada BAKAK budak ni, nyanyi pun sogho sedak.
B156. BAKAK 2: Gaya atau stail. Contoh: Adik Mat Ju hak nama Azman tu cagha jale pun ada BAKAK tu, serupa gaya Rosham Nor jah.
B157. BBAKAK: Berbekas atau bertanda secara tidak semulajadi. Contoh: Hashim nya tidor atas tikar tengahari tadi, habih BBAKAK atah belake dia.
B158. BEGAPO: Apa dia.
B159. BEDO-OH LALU: Terlampau.
B160. BBEGHA 1: Berkecai. Contoh: Gelas HRC Bahrain tu BBEGHA pecah tadi, jatuh, sebab dilanggar kucing Parsi kesayangan demo juga.
B161. BBEGHA 2: Berderai. Contoh: BBEGHA airmata Kak Mek bila dgr Abe Mat aksiden jatuh mootor tadi.
B162. BBEGHA 3: Bercempara. Contoh: BBEGHA habis pakat lari burung-burung ketitir tu bila dgr sogha Pak Pin.
B163. BBEGHA 4: Jatuh berselerak: Contoh: Jatuh BBEGHA beras hak beli tadi bila Pak mat nya pikul tak kaba guni bocor sebelah bawah.
B164. BEGHAK 1: Berat. Contoh: BEGHAK weh guni atah belake ambo ni.
B165. BEGHAK 2: Kata perlambangan untuk gantinama kekalahan. Contoh: Pak Nik tanya: "Setagha mano keadaan PAS di Galas sebelum PRK baghu Ni?". Jawab Haji Lah: "% hari sebelum hari ngundi PAS BEGHAK bedo-oh dok cah keting sama sedighi.
B166. BEGHAK 3: Kata bidalan untuk gantinama "Rosak Moral". Contoh: Guano koho BEGHAK anak Ah Seng la ni. Buke setakat tindik pusat dah, nya tido koksey ngato umah jate.
B167. BEGHAK 4: Melestarikan terhimpit perasaan. Contoh: Makin hari makin BEGHAK Mek Ji nak tanggung penderitaan. Ada tok laki, kuat jjudi dan mabuk jah. Tapi gak bunyi kaba penyokong fanatik parti Isle.
B168. BIKAH: Bingkas.
B169. BEKAH : Bekas.
B170. BBEKAH : Berbekas atau berparut.
B171. BALO: Bala. Contoh: Sebab oghe Indon hina Malaysia, Allah SWT kirim BALO sokmo. Mula Tsunami, lani Gunung Berapi.
B172. BBALOH: Bergaduh, berseterus, berkelahi atau tidak berbaik langsung.
B173. BULE: Bulan.
B174. BBOLE: Buta tahap champion.
B175. BOSE: Bosan atau boring.
B176. BESE: Besan.
B177. BBESE: Berbesan.
B178. BO: Hentikan.
B179. BO MOLEK: Sedang elok. Ngam. Sesuai sangat.
B180. BIKA: Bingkai.
B181. BALIK ASAL: Kembali semula.
B182. BERLIPAT SIRAT: Kata kiasan yang sama level dgn "BBALIK KUWE". Ia bermaksud situasi yang amat tidak terurus serta tunggang langgang layaknya. Ia lebih sesuai digunakan untuk menggambarkan kepada sekumpulan orang yang jatuh bergelimpangan akibat pergaduhan dsb. Contoh: Ramai penyokong Selangor rebah guling-bating nya gomo kat penyokong Red Worriors; habis BERLIPAT SIRAT atas jale tepat parking kheta baghu ni.
B183. BELOHOK: Tersedak.
B184. BBEHENG: Suatu kata sifat dalam kategori Sains Kesihatan dalam konteks sejenis penyakit kulit i.e. Kesan akibat terkena racun ulat rama-rama dsb. Ianya akan membengkak dan sedikit kemerahan. "BBEHENG" juga boleh disebabkan oleh alergika tahap gaban terhadap makanan. Contoh: BBEHENG habis tubuh Mat Yee, sebab SSILAP make Kerang Bakar tadi. Doktor ghoyak dah, dia tak leh make Kerang.
B185. BBEDER: Sama spesis dengan BBILUR i.e. kesan akibat dipukul atau tertimpa sesuatu yg keras seperti rotan, kayu dsb.
B186. BACHOK: Nama Bachok dikatakan berasal dari dua perkataan Siam iaitu Ban dan Choh. Ban bererti kampung dan Choh pula bermakna jala/jaring untuk menangkap ikan. Orang Siam memanggil tempat itu Ban Choh kerana mata pencarian penduduknya tertumpu kepada menangkap ikan. Sebutan Ban Choh akhirnya bertukar menjadi Bachok mengikut loghat Kelantan.(Oleh: TLD). Ada setengah pendapat mengatakan BACHOK ialah nama seorang Tokoh Melayu i.e. Tok Bachok yang membuka kawasan Bachok zaman dahulu.
B187. BBUNGO: Ia adalah kata istilah ciptaan untuk melambangkan beberapa maksud tersendiri bergantung kepada ayat dan suasana. 1) Kuat Mat Yo "BBUNGO" tadi bila jumpa gewe comel: maksudnya ayat-ayat cinta. 2) Mari kita BBUNGO dulu sebelum masuk asar: maksudnya sekitar aktiviti berbunga-bungaan seperti menggubah bunga dsb. 3) BBUNGO juga diperlambangkan sebagai menghias diri. Mungkin byk lagi maksud yg gagal kami kesan dsb. 3). BBUNGO molek Ayu Kasturi pagi ni: melambangkan cantik anggun dsb.
B188. BABBOK: Adalah kata terbitan dari spesifikasi sifat yg didatangi secara serentak. Contohnya: Gila BABBOK budak tu. Membawa maksud gila yg kurang serius, hanya gila-gila tetapi bukan gila yg sebenarnya. Orang gila tidak kenal orang gila lain. Dan dia tidak tahu dia gila. Org gila BABBOK dia tahu yg dia buat tu adalah gila-gila, dan org lain pun juga tahu perbuatannya itu adalah BABBOK semata-mata.
B189. BBALING: Kata kejuruteraan yg bersinonim dgn sifat-sifat kekipasan atau KIPAS.
B190. BUWAT: Buat
B191. BBUWAT 1: Sawan
B192. BATU TTAGHA: Batu Penanda Persempadanan Tanah.

MKR

1 comment:

Kamarulzaman Abdul Ghani said...

BBaling dlm bahasa melayu standard ?... mmuta supo bbaling